Wednesday, February 17, 2010

Belasungkawa Sahabat


aku seperti kembali nampak
engkau berlari
aku seperti kembali lihat
engkau tersenyum dan ketawa
gigi yang putih berbaris teratur
hati yang bersih memancar di wajah yang luhur

kita pernah bersama
berlari di padang berjalur
engkau mendahului
sedang kami membontoti

kita pernah bersama
makan dari satu kawah dan kuali
engkau membesar tinggi
sedang kami sekadar begini

kita pernah bersama
meniti remaja di koridor hidup yang sempit
mengulit mimpi dalam dormitori yang padat
mencari dan mengenal diri di atas bumi tanjung yang sarat
dengan memori

kawanku
aku masih nampak kau berlari
berlari meninggalkan kami
dan seperti biasa
kau masih mendahului kami
berlari ke pangkuan Ilahi


*ALLAH selamat sejahterakanlah Ruh Allahyarham Zulkifli Bin Ismail (duduk di tengah), amiin!
Puisi tulisan Iskay IK.

Cincin Berlian (Bukan Lagu Pop Yeh Yeh)



Diamond ring, wear it on your hand
It's gonna tell the world, I'm your only man
Diamond ring, diamond ring
Baby, you're my everything, diamond ring

Red, red rose brought it home to you
Blood red rose, tells me that you're true
Red, red rose, blood-red rose
Like a fire inside that grows, blood-red rose

When you're hungry, I will fill you up
When you're thirsty, drink out of my loving cup
When you're crying, I'll be the tears for you
There's nothing that I wouldn't do for you

You know, I bleed every night you sleep
'Cause I don't know if I'm in your dreams
I want to be your everything...

Diamond ring, wear it on your hand
It's gonna tell the world, I'm your only man
Diamond ring, diamond ring
Baby, you're my everything, diamond ring
Darling, you're my everything, diamond ring
Now, you've got me on your string... diamond ring

Fakta Atau Auta: Facebook Boleh Bawa Risiko Kanser...


LONDON: Laman web sosial seperti Facebook dan MySpace boleh meningkatkan risiko kesihatan serius dengan mengurangkan tahap hubungan wajah ke wajah, dakwa seorang doktor. Menghantar emel kepada rakan berbanding bersemuka dengan mereka mungkin memberi kesan biologi yang negatif pada kadar tinggi, kata pakar psikologi, Dr Aric Sigman. Peningkatan masalah keterasingan akan mengubahsuai gen cara bekerja dan menjejaskan reaksi imun, paras hormon dan fungsi arteri malah turut memberi kesan kepada persembahan mental.

Ia boleh meningkatkan risiko masalah lebih serius seperti barah, angin ahmar, sakit jantung dan nyanyuk, kata Dr Sigman dalam Biologist, jurnal Institut Biologi. Laman web sosial seperti MySpace dan Facebook membolehkan orang ramai berhubungan dengan rakan menerusi internet. Mereka boleh bertukar-tukar gambar, bermain permainan dan meninggalkan mesej.

Namun, walaupun ia dicipta untuk mendekatkan hubungan, Dr Sigman berkata laman web berkenaan sebenarnya menjadikan pengunjungnya lebih terasing.

Penyelidikan menunjukkan bilangan jam yang diperuntukkan untuk berbual secara bersemuka jatuh mendadak sejak 1987 apabila penggunaan media elektronik meningkat.

“Memang ada perbezaan antara ‘kehadiran sebenar’ dan kepelbagaian maya,” kata Dr Sigman. Sesetengah gen, termasuk yang terbabit dengan sistem imun dan reaksi kepada tekanan, bertindak secara berbeza mengikut sejauh mana seseorang itu berinteraksi secara sosial dengan orang lain. – Agensi