Wednesday, July 30, 2008

Saudara Durian

Musim buah-buahan muncul kembali! Itu bagi orang yang ada dusun la. Yang takde dusun cuba bukak balik diari lama atau senarai nama kenalan atau sedara mara. Ipar duai pun check jugak. Biras pun kira sedara. Bukan apa, sekaranglah waktu kita nak merapatkan tali silaturrahim yang renggang atau yang dah terputus langsung. Anda yang membaca posting ni jangan berasa tersindir pulak. Sebenarnya saya baru balik kampung minggu lepas. Tak sangka pulak musim buah-buahan sekarang. Jom kita cuci mata... Macam-macam ada :)

Dua longgok buah durian menanti setia 'saudara durian' datang menjamah.

Rambutan pun sedang masak ranum, yang merah ada, yang kuning pun ada.

Lepas makan durian, makan manggis pulak untuk sejukkan badan sikit.

Pisang pun tumpang sekaki, kena sindrom musim buah.






Ciku dan jambu yang jeles tengok geng lain berbuah berpakat ikut mengeluarkan buah!

Elikopter yang bakal digunakan untuk memunggah semua hasil dusun.

Pemeriksaan imigresen yang ketat bagi memastikan hasil dusun tidak dirampok pihak luar yang menyamar sebagai 'saudara durian'.

Dua pendatang asing yang berjaya melepasi imigresen untuk membantu di reban akibat sindrom kekurangan pekerja tempatan.

Dua sedara durian bersiap membawa hasil dusun pulang ke kota dengan kenderaaan mini pelbagai guna (elikopter dah rosak).

Anda semua jangan salah anggap pulak. Saya ni bukan jenis 'saudara durian' yang balik waktu musim buah-buahan aja. Saya pulang atas urusan kenduri arwah. Maklumlah, tak lama lagi nak puasa.

Thursday, July 24, 2008

Lagi Testimoni pemilik "Mentor Jutawan"

Testimoni 1:

Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap bebas kewangan.

Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00.

Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti.

Azmi
www.wavecommunications.com.my

Testimoni 2:

Tak sampai 5 minit membaca laman web mengenai Mentor Jutawan, saya terus buat pesanan tanpa ragu-ragu.

Kenapa?
Saya tahu betapa besarnya ilmu yang bakal diperolehi daripada ikon-ikon jutawan Malaysia yang semestinya juga menjadi mentor kepada saya secara senyap-senyap. Bukannya senang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang berdasarkan pengalaman dan pengorbanan seseorang jutawan. Lagipun, bukan setakat seorang, malah 8 orang jutawan mendedahkan rahsia, tips dan strategi kejayaan mereka.

Pastinya saya tak mahu ketinggalan mempelajari sebanyak mana yang mungkin. Di dalam setiap bicarawara yang diberikan, ada sahaja perkara baru yang saya pelajari - ada sahaja yang akan menjadi titik tolak kepada usaha saya untuk terus berjaya.

Terima kasih kepada semua mentor jutawan -Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali, Chef Li, Dato’ Dr Azman Ching, Billi Lim, Datuk Hussamuddin Yaacob, Abang Abu dan Irfan Khairi. Setinggi tahniah diucapkan kepada Irfan Khairi kerana mencipta sebuah ebook yang padat berisi dan semestinya ada ummph!

Kata orang putih “Success Leave Clues” (Kejayaan Ada Petunjuknya)… ebook Mentor Jutawan ini adalah petunjuknya. Oleh itu, jadikan ebook Mentor Jutawan sebagai panduan dan inspirasi anda untuk maju ke hadapan.

Jika anda belum mendapatkan ebook ini lagi, pastikan anda buat pesanan pada hari ini juga.

Zamri Nanyan
Usahawan Internet dan Penulis bersama buku
“Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
www.BisnesDigital.com

Testimoni pemilik "Mentor Jutawan"

Testimoni 1:

Membaca eBook Mentor Jutawan seolah-olah anda sendiri bertemu bual secara dekat dengan kelapan-lapan Mentor Jutawan berkenaan.

Satu-satunya ebook yang memuatkan dan menghimpunkan pengalaman dan dorongan daripada mereka yang bergelar JUTAWAN!

Apa sahaja yang kita lakukan, didorong oleh inspirasi, eBook ini mendorong kita untuk menuju ke arah menjadi JUTAWAN! eBook yang harus dimiliki oleh semua yang ingin bergelar JUTAWAN!

Salam kekayaan,
THINKERICH
www.pemikirkaya.com

Testimoni 2:

Saya baru sahaja selesai membaca buku ini. Apa yang hendak saya katakan bahawa buku ini bernilai. Pada mulanya saya sangkakan hanya sedikit input sahaja dikongsi kerana ianya berbentuk temuramah berbanding cara kebiasaan sesebuah buku ditulis.

Tetapi jangkaan saya meleset. Memang banyak input dikongsi. Jika anda membeli buku ini, pastikan sebuah nota ringkas bersama anda. Saya jamin, sekurang-kurangnya anda akan menjumpai satu idea yang bernilai daripada setiap personaliti untuk diimplementasikan.

www.drinspirasi.com

Testimoni 3:

Wau! Tidak pernah terfikir kita akan jadi jutawan dengan menjual pau atau kacang goreng.
Saya teruja pada formula “banyak baca buku, kita akan bertambah kaya” dan tip “doktor dalam perang”.

Syabas kepada yang membeli ebook ini! Yang pastinya, Mentor Jutawan akan melahirkan lebih ramai jutawan dalam masa 7-10 tahun dari sekarang.

Selamat berusaha dan semoga kita sama-sama berjaya.

Rohaizan Khamis
http://gempurhpa.blogspot.com