Saturday, October 30, 2004

Sibuk

Fuh! Sibuk betul.
Hari rabu (27/10) pergi Mentakab.
Hari khamis (28/10), duduk ofis tapi banyak jugak kerja.
Kena test Internet connection, troubleshoot PC, .... apalagi yek?
Itu je? Tapi kenapa rasa macam busy je?

Friday, October 29, 2004

Keje Kosong! Keje Kosong!

Dipetik dari laman web Jobstreet. Ada satu iklan jawatan kosong.
Requirement dia sempoi! Kalu boleh speaking 10 jenis bahasa, tak payah interviu.
Dia amik terus bekerja.

Tapi awas! Kalu dia panggil hang pi interviu tapi hang tak datang, dia sumpah hang jadi katak.
Berikut sedutan iklannya:

POSITION AVAILABLE : WIZARD

Qualifications

Minimum Diploma/Degree qualification with or without relevant work experience. Strong advantage for those with previous Customer Service, Call Center or Hospitality/Tourism experience. Excellent spoken and written English. Hey, if you speak ten different languages, we'll hire you without an interview! Some flexibility in working staggered hours is mandatory (please try not to apply if you are not 100% sure if you'd like working non-conventional hours. Hours can start as early as 7.30am or as late as 10am). We also require flexibility in working during Malaysian Public Holidays, but hey, you'll get more pay! Availability to join by early December is required as well.

Please note that we will turn you into a frog if you agree to an interview and decide not to show up without informing us.



Wednesday, October 27, 2004

Lailatul Qadar

Malam semalam berterawih kat surau Tmn kinrara, Puchong.
Ada tazkirah dari Ustaz Zulkifli Salleh.
Mengikut kajian dan pandangan ulamak, katanya, kalau puasa mula hari jumaat, lailatul qadar biasanya pada malam ke-29.
Ingat tu! 29 ramadan kena pada hari jumaat, 12 november.
Hari khamis 11 november, hari cuti umum.
Siang boleh berehat, malamnya sambung tidur beribadat.

Because Blood Is Thinner Than Oil

Fuh! Tajuk dlm B.I.
Waktu surf Yahoo France pagi ini, ada satu tajuk berita: Des cousins éloignés de Bush lancent un site pro-Kerry.
Terjemahan sesedap rasa: Sepupu-sepapat-sepipit Bush lancar laman web pro-Kerry. Sepupu sepipit Bush ni tulis dalam laman web: Tolonglah, jangan undi sepupu kami.
Slogan laman web mereka: Kerna Darah Lebih Cair Dari Minyak.
Kalau nak baca, pergi ke http://www.bushrelativesforkerry.com

Tuesday, October 26, 2004

Network problem

Kat ofis ada masalah network (rangkaian komputer).
Ada client telefon, dia kata dia dapat mesej "packet loss".
Bos aku pun check.
Rupanya ada satu company telah menyebarkan virus sesedap rasa dia.
Aku pun apa lagi, pergi kat tempat connection dia, cabut kabel network yang bagi dia access
Internet. Lepas tu suruh org teknikal dia buang virus dulu.
Amacam, best tak kerja jaga network ni?
Ada lesen cabut orang punya kabel.
Connect, disconnect.

Monday, October 25, 2004

Kerja

Masuk ofis awal, sebelum pukul 8 pagi.
Bulan puasa ni mengantuk, macam malas nak kerja.
Tapi tak malas...
Sebab masuk pukul 8, pukul 4 petang boleh balik.
Best kan?
OKlah, rajin sikit.

Mengomel

Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Baru balik terawih.
Ini posting pertama dlm blog.
Aku nak mengomel.
Tapi bukan dengan mulut, dgn keyboard.
Aku pun bukan mulut murai. Mulut kakak tua pun tidak.
Mulut manis pun bukan.
Tapi aku nak jadi peramah melalui keyboard PC ni.
Apa aku nak cakap lagi... aku pun dah tak ingat.
Esok ajele sambung.