Thursday, December 24, 2009

Words Of Wisdom

To end the year in a positive note, let's share some words of wisdom...

Ervin Seale: "There is one recurring, persistent, perennial, and dogging personal problem which, more than any other, steals the force and peace of people and ruins projects and enterprises and careers. It is the habit of feeling hurt because of what others do or do not do and what they say or do not say."

Deepak Chopra:
"I'm totally independent of the good or bad opinion of others.
I'm totally independent of the good or bad opinion of others.
I'm totally independent of the good or bad opinion of others.
I'm totally independent of the good or bad opinion of others.
I'm totally independent of the good or bad opinion of others."

Don Miguel Ruiz: "Nothing other people do is because of you. It is because of themselves."




Happy New Year 2010..

Tuesday, December 22, 2009

I'll Stand By You


Saran Peruntukan Wajib Kepada Isteri

Mengikut hukum agama yang termaktub dalam institusi perkahwinan, pendapatan isteri tidak boleh dikongsi suami.

Namun, persetujuan, keikhlasan dan sikap ambil berat isteri untuk berkongsi pendapatan demi meringankan beban tanggungan suami bagai ‘menghalalkan cara’ untuk meneruskan kelangsungan hidup berkeluarga.

Apatah lagi desakan hidup hari ini yang memerlukan wang untuk mengimbangi keadaan ekonomi keluarga, membuatkan isteri reda berkongsi pendapatan bersama suami, kata perunding keluarga dan khidmat guaman syarie, Kamaazura Md Kamel. Peguam bela dan peguam cara berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang syariah dan sivil ini tidak menafikan, pada awal perkahwinan, isteri biasanya sanggup berkongsi pendapatan seiring hasrat untuk memastikan kelancaran dalam hubungan rumah tangga.

Namun katanya, ada kalanya apabila kedudukan suami sudah stabil dan suami mula berubah sikap, timbul kekesalan di hati isteri yang pernah menderita di saat susah, tetapi apabila suami lupa diri ketika senang.

“Berdasarkan beberapa kes yang saya kendalikan, ada segelintir suami mengambil kesempatan atas keprihatinan isteri."

“Tanggungjawab yang sepatutnya dipikul suami bagaikan terlepas pandang dan dia tidak perlu bersusah payah kerana isteri sudah melakukan segalanya."

“Akhirnya, hal ini seolah-olah menampakkan yang semua itu ‘kerja’ atau tanggungjawab isteri."

“Apabila percanggahan dan beban semakin dirasakan lalu si isteri yang pada asalnya reda mula mempersoalkan bebanannya itu yang harus membayar rumah, kereta malah keperluan asas seperti makan minum."

“Jika tidak disedari segera, perkara ini boleh menjadi bibit atau punca berlaku titik hitam dalam rumah tangga. Apa yang dibimbangi adalah sesuatu yang bakal berlaku kelak apabila suami terus lepas tangan daripada tanggungjawab hakiki mereka,” katanya.

Dia turut menyarankan suami memberikan peruntukan wajib kepada isteri dengan menyediakan nafkah bulanan tetap kerana ia bukan saja satu pengiktirafan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul suami, sebaliknya adalah tuntutan agama. Menurutnya, masalah kewangan adalah faktor penting pergolakan rumah tangga dan seboleh-bolehnya, pasangan harus merencanakan kepentingan mengikut keperluan sewajarnya.

“Isteri anggota tentera adalah golongan paling bertuah kerana mendapat kelebihan apabila potongan gaji suami memberikan satu jawapan kepada persoalan nafkah melalui skim berkenaan. Bagi wanita, ia adalah satu pengiktirafan suami kepada isteri walaupun jumlahnya sedikit.

“Sepatutnya, institusi kerajaan mahupun majikan swasta di negara ini mengambil jalan sama dengan mengadakan potongan gaji suami. Ia bukan saja menunjukkan satu pertanggungjawaban tetapi apa yang penting, ia amat relevan,” katanya.

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Petikan soal jawab isu rumahtangga.

Soalan: Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Jawapan: Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya: makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.

Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja? Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.

Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian? Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah. Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai.

Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.

Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya. Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata... Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Thursday, December 17, 2009

Coffee & Tea Lower The Risk of Diabetes


A new study of coffee and diabetes (Jan 2004) has shown that men who drank 6 cups of coffee a day reduced their chances of developing type-2 diabetes by half, and women who drank the same amount cut their risk by 30 percent. 126,000 people filled out questionnaires over the past 12-18 years with information about their coffee intake and other health questions.

In earlier studies, Dutch researchers discovered that there are compounds in coffee that aid the body's metabolism of sugar. Their study involved 17,000 men and women in the Netherlands. The results were published in November 2002, in the journal Lancet.

According to their study, people who drank 7 cups a day (or more) were 50% less likely to develop type 2 diabetes. Drinking less coffee had less of an impact on diabetes onset. Researchers are still looking at the connection between coffee and diabetes, and caution people that 7 cups of coffee per day is enough to create other health problems.

A number of older studies have shown that caffeine may increase your risk of developing diabetes. The theory is that the beneficial chemicals are able to offset the damage done by the caffeine. So drinking decaffeinated coffee would be the best bet if you are thinking of drinking coffee to prevent diabetes.

Tea also has an effect on diabetes. Drinking tea can improve insulin activity up to 15 times, and it can be black, green or oolong. Herbal teas don't have any effect. The active compounds don't last long in the body, so you would have to drink a cup or more of tea every few hours to maintain the benefit. The catch is that you should drink it without milk (even soy milk), because milk seems to interact with the necessary chemicals and render them unavailable to your body.
-Reuters.

Monday, December 14, 2009

Loneliness has followed me my whole life...



"Taxi Driver" Trivia & Interesting quotes
==============================

Bernard Herrmann wrote the whole soundtrack in about a week but died before the movie was released. And the rest is history. I think he was hugely influentual in the scoring of film, a legend.

Someone commented in YouTube "..walking aimlessly in a lonely, windy, rainy night in the city. This is what comes to mind when i hear this song."

"Taxi Driver" became a success for both De Niro as an actor and Martin Scorsese as the Director. They continued filming other movies tegether after that.

Apparently the "u talking to me" line was said by De Niro when he couldn't hear what Martin Scorcese (the director) was saying. So Scorsese said 'Do it again, do it again!!!' whilest filming.

Robert De Niro worked twelve hour days for a month driving cabs as preparation for this role. He also studied mental illness.

Jodie Foster was 12 years old when the movie was filmed, so she could not do the more explicit scenes. (Her character was also 12 years old.) Connie Foster, Jodie's 19-year-old sister when the film was produced, was cast as her body double for those scenes.

Travis Bickle: Loneliness has followed me my whole life, everywhere. In bars, in cars, sidewalks, stores, everywhere. There's no escape. I'm God's lonely man.

Travis Bickle: I first saw her at Palantine Campaign Headquarters at 58th and Broadway. She was wearing a yellow dress, answering the phone at her desk.. She appeared like an angel out of this open sewer. Out of this filthy mass. She is alone: They...cannot...touch..her."

Travis Bickle: I'll tell you why. I think you're a lonely person. I drive by this place a lot and I see you here. I see a lot of people around you. And I see all these phones and all this stuff on your desk. It means nothing. Then when I came inside and I met you, I saw in your eyes and I saw the way you carried yourself that you're not a happy person. And I think you need something. And if you want to call it a friend, you can call it a friend.

Betsy: Are you gonna be my friend?


Thursday, December 10, 2009

Epilogue of a Dying Planet

'statbrain.com' estimated that there were less than 10 visits per day on my blog.
Glad to know that...

To those unlucky 10 visitors who might have landed accidentally on this space, I sincerely apologize. This is just another 'waste of your time' thing that I'm doing..nothing new, just a copy & paste thing from here & there..written by the confused mind..no attraction, no Star as a guidance.

No worries, this blog might auto destruct some day.

Have a wonderful cyberspace journey for the 10,000 registered blogs at 'BlogMalaysia.com' and everybody else..

Ayat-Ayat Cinta (II)

Surat Dari Nurul

Untuk Abang Fahri

Yang sedang berbahagia

Bersama isterinya

Assalamu’alaikum wr. wb.

Kutulis surat ini dengan lelehan air mataku yang tiada berhenti dari detik ke detik. Kutulis surat ini kala hati tiada lagi menahan nestapa yang mendera-dera peritnya luar biasa.

Abang Fahri,

Aku ini perempuan paling bodoh dan paling malang di dunia. Bahawa mengharapkan orang lain sungguh tindakan paling bodoh. Dan aku harus menelan kepahitan dan kegetiran tiada tara atas kebodohanku itu. Kini aku didera penyesalan tiada habisnya. Semestinya aku katakan sendiri perasaanku padamu.

Dan apakah yang kini boleh kulakukan kecuali menangisi kebodohanku sendiri.Aku berusaha membuang rasa cintaku padamu jauh-jauh. Tapi sudah terlambat. Semestinya sejak mula aku bersikap tegas, mencintaimu dan berterus terang lalu menikah atau tidak sama sekali. Aku mencintaimu diam-diam selama berbulan-bulan, memeramnya dalam diri hingga cinta itu mendarahdaging tanpa aku berani berterus terang. Dan ketika kau tahu apa yang kurasa semuanya telah terlambat.

Abang Fahri,

Kini perempuan bodoh ini sedang berada dalam jurang penderitaannya paling dalam. Dan jika ia tidak berterus terang maka ia akan menderita lebih berat lagi. Perempuan bodoh ini ternyata tiada boleh membuang rasa cinta itu. Membuangnya sama saja menarik seluruh jaringan sel dalam tubuhnya. Ia akan binasa. Saat ini, abang Fahri mungkin sedang dalam saat-saat paling bahagia, namun perempuan bodoh ini berada dalam saat-saat paling menderita..

Nurul Azkiya.


Wednesday, December 09, 2009

The Boss Honored

WASHINGTON – “I’m the president, but he’s The Boss.”

With those words, President Barack Obama greeted Bruce Springsteen on Sunday night at a White House reception before the iconic rocker was lauded with Kennedy Center Honors along with Robert De Niro, comic genius Mel Brooks, jazz pianist and composer Dave Brubeck and opera singer Grace Bumbry.

About 300 guests, including Matthew Broderick, Ben Stiller and Martin Scorsese, were at the reception in the East Room of the White House.

“These performers are indeed the best,” Obama said. “They are also living reminders of a single truth – and I’m going to steal a line from (wife) Michelle here – the arts are not somehow apart from our national life, the arts are the heart of our national life.”

Springsteen, 60, described the award he received Saturday night at a State Department dinner as different than other accolades.

“We worked really hard for our music to be part of American life and our fans’ lives,” he said. “So it’s an acknowledgment that you’ve kind of threaded your way into the culture in a certain way. It’s satisfying.”

Source: www.thenewstribune.com


Monday, December 07, 2009

Quote Of The Day


"One of the causes of this financial crisis is that most people do not know good financial advice from bad financial advice. Most people cannot tell a good investment from a bad one. Most people go to school so they can get a good job, work hard, pay taxes, buy a house, save money, and turn over any extra money to a financial planner - or an expert like Bernie Madoff."
-Robert Kiyosaki

Sunday, December 06, 2009

Singapore Expat

You know you are a Singapore Expat when:

You forget what chewing gum tastes like.
You wear winter clothes indoors and summer clothes outdoors.
You think a bus is incomplete without a TV.
You say handphone, not cellphone.
You order warm water because too much ice water is bad for you.
No matter what you're doing at the moment, you'd rather be shopping
You are certain that Holland Village has very few Dutch people and is a place for hippie bohemian artist types and overpaid yuppies.
Your idea of a good night out consists of having dinner at a hawker centre and then eating again.
Durian and belachan no longer stink.
You justify every argument with the phrase "in order for us to be competitive in the 21st century".
Most of these acronyms make sense to you: NUS, NTU, ERP, SDU, PAP, MRT LKY, GCT, PRC, TIBS, SBS, SMS, JB, JBJ, AMK, AYE, PIE, ECP, ISD, ISA, CPF, CHIJMES, SPG, CWO.
You get annoyed if you don't see a sign telling you how long your wait's going to be for a bus, a train, or the expressway.
You think everything should be 'topped up'.
You think there is nothing wrong with putting chilli sauce on everything you eat.
You think US$1 million is reasonable for a smallish condo, but S$5 for a plate of fried noodles is a rip off.

Saturday, December 05, 2009

Tunggu Teduh Dulu


"Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil, cerita sederhana, tentang dia lari berteduh di bangsal di puncak bukit bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar, hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya,
Kerja Tuhan siapa tahu ?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan."

==============================================================

Ini nyanyi rindu ...kerja Tuhan siapa yang tahu....

"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."

"Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."

Apa kata kau ?


Thursday, December 03, 2009

One Paragraph That Explains Life!


Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983.

He received letters from his fans the world over, one of which conveyed: "Why does GOD have to select you for such a bad disease?"

To this Arthur Ashe replied:

"The world over -- 50 million children start playing tennis, 5 million learn to play tennis, 500,000 learn professional tennis, 50,000 come to the circuit, 5000 reach the grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi final, 2 to the finals, when I was holding a cup I never asked GOD 'Why me?'.

And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?'


Puisi Indah Si Pari-Pari

"Harapnya kisah perpisahan ini tidak akan digembar-gemburkan. Saya tidak mahu kisah ini terus-terusan menjejaskan kerjaya seni saya yang kembali bernyawa, " ujar Natasha Liana Hudson mengenai perpisahannya dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari.

How not to have your story being broadcast if you're the one meeting the journalist and spreading the words? If you don't want some negatives stories about you being published, don't ever talk to journalist. You know where it will end up...

Related post:
Kembali Janda
Suami Natasha Hudson Raja AP Yang Baru?

Sebelum ini heboh isu Natasha menciplak puisi tulisan orang lain dan memuatkannya dalam buku tulisan beliau (tanpa menyebut nama penulis asal). Cuba perhati dan bandingkan puisi di bawah:

Kek Coklat
oleh Natasha Hudson

Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.

Bandingkan dengan puisi tulisan Roger McGough:

Cake
oleh Roger McGough

i wanted one life
you wanted another
we couldn’t have our cake
so we ate each other.

Natasha kata “coincidently similar” (walaupun sajak melayu dia tak make sense dan tak rhyme). Cuba lihat yang ini pula:

Si Kura-Kura Kecil
oleh Natasha Hudson

Ada seekor kura-kura kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu

dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu

dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku

dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu

dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku

Bandingkan dengan ini:

I Have a Little Turtle
oleh Nicholas Vachel Lindsay

I have a little turtle,
He lives in a box.
He swims in the water
And he climbs on the rocks.

He snapped at a minnow
He snapped at a flea

He snapped at a mosquito
And he snapped at me.

He caught the minnow,
He caught the flea,

He caught the mosquito,
But he didn’t catch me!

Juga puisi ini:

Mentega kuning, jelly ungu, jem merah, roti hitam
oleh Natasha Hudson

ratakan tebal
katakan cepat

ratakan tebal
katakan cepat

sekarang ulang
sambil kamu makan

sekarang ulang
sambil kamu makan

janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh

Bandingkan dengan ini:

Things We Like to Eat
oleh Mary Ann Hoberman

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.

Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Donít talk
With your mouth full!

...talking 'bout coincidently similar...

Wednesday, December 02, 2009

Ingat Dik.. Pesan Abang..



Lagu nasihat yang tak pernah didengar waktu zaman sekolah dulu..hehe..

Ayat-Ayat Cinta

Diari Maria

Sabtu, 10 Ogos 2002 pukul 23.15

Pulang dari restoran Cleopatra kugoreskan pena ini. Sebab aku tidak boleh mengungkapkan gelora perasaanku secara tuntas kecuali dengan menorehkannya dalam diari ini.

Akhirnya keraguanku padanya hilang, berganti dengan keyakinan. Selama ini aku ragu apakah dia boleh bersikap romantik. Sebab selama bertemu atau berbicara dengannya dia sama sekali tidak pernah berkata yang manis-manis. Selalu biasa, datar dan wajar. Dia selalu tampak serius meskipun setiap kali aku tersenyum padanya, dia juga membalas dengan senyum sewajarnya.

Tapi malam ini, apa yang dia lakukan membuat hatiku benar-benar sesak oleh rasa cinta dan bangga padanya. Dia sangat prihatin dan suka membuat kejutan. Kali ini yang mendapat kejutan indah darinya adalah Mama dan Yousef. Mereka berdua mendapat hadiah ulang tahun darinya. Meskipun diatasnamakan seluruh anggota rumahnya tapi aku yakin dialah yang merancangkan semuanya. Dia ternyata sangat romantik. Tak perlu banyak berkata-kata dan terus dengan perbuatan nyata.

Fahri, aku benar-benar tertawan olehmu. Tapi apakah kau tahu yang terjadi pada diriku? Apakah kau tahu aku mencintaimu? Aku malu untuk mengungkapkan semua ini padamu...

Minggu, 11 Ogos 2002 pukul 22.00

Aku sangat cemas memikirkan dia. Dia tergeletak. Keningnya panas. Kata Mama terkena heat stroke. Kata teman-temannya dia seharian melakukan kegiatan yang melelahkan di tengah musim panas yang sedang menggila.

Oh, kekasihku sakit

Aku menjenguknya

Wajahnya pucat

Aku jadi sakit dan pucat

Kerana memikirkan dirinya

Aku semakin tahu siapa dia. Untuk pertama kalinya aku tadi masuk ke biliknya ikut Mama dan Ayah menjenguknya. Dia seorang pemuda yang giat, bekerja keras, dan memiliki rancangan ke depan yang matang. Aku masih ingat dia menyebut perkataan bertenaga Thomas Carlyle: "Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sukar. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus!"

Aku merasa tidak salah mencintai dia. Aku ingin hidup bersamanya. Melalui masa depan bersama dan membesarkan anak-anak bersama. Membangun peradaban bersama. Oh Fahri, apakah kau mendengar suara-suara cinta yang bergemuruh dalam hatiku?

Minggu, 18 Ogos 2002, pukul 17.30

Seolah-olah akulah yang sakit, bukan dia. Tuhan, jangan kau panggil dia. Aku ingin dia mendengar dan tahu bahwa aku sangat mencintainya.

Dia tergeletak tanpa daya berselimut kain putih. Kata Saiful pukul dua setengah pagi dia sedar tapi tak lama. Lalu kembali tak sedarkan diri sampai aku datang menjenguknya pukul tujuh setengah pagi tadi. Kulihat Saiful pucat. Ia belum tidur dan belum makan. Kuminta dia keluar mencari makan. Aku mengantikan Saiful menjaganya. Aku tak kuasa menahan sedih dan airmataku. Dia terus mengigau dengan bibir bergetar membaca ayat-ayat suci. Wajahnya pucat. Airmatanya meleleh . Mungkin dia merasakan sakit yang tiada terkira.

Aku tak kuasa menahan rasa sedih yang berselimut rasa cinta dan sayang padanya. Kupegang tangannya dan kuciumi. Kupegang keningnya yang hangat. Aku takut sekali kalau dia mati. Aku tidak mau dia mati. Aku tak boleh menahan diriku untuk tidak menciumnya. Pagi itu untuk pertama kali aku mencium seorang lelaki. Iaitu Fahri. Aku takut dia mati. Kuciumi wajahnya. Kedua pipinya. Dan bibirnya yang wangi. Aku tak mungkin melupakan kejadian itu. Kalau dia sedar mungkin dia akan marah sekali padaku. Tapi aku takut dia mati. Saat menciumnya aku katakan padanya bahwa aku sangat mencintainya. Tapi dia tak juga sadar. Tak juga menjawab.

Pukul lapan dia bangun dan dia kelihatan terkejut melihat aku berada di sisinya. Aku ingin mengatakan aku cinta padanya. Tapi entah kenapa melihat sorot matanya yang bening aku tidak berani mengatakannya. Tenggorokanku tersekat. Mulutku terkunci, hanya hati yang berbicara tanpa suara. Tapi aku berjanji akan mencari waktu yang tepat untuk mengatakan semuanya padanya. Aku ingin menikah dengannya. Dan aku akan mengikuti semua keinginannya. Aku sangat mencintainya seperti seorang penyembah mencintai yang disembahnya. Memang memendam rasa cinta sangat menyiksa tapi sangat mengasyikkan. Love is a sweet torment!

Jumaat, 4 Oktober 2002, pukul 23.25

Aku masih sangat keletihan baru pulang dari Hurgada.

Baru setengah jam meletakkan badan di atas katil aku mendapatkan berita yang meremukredamkan seluruh jiwa raga. Fahri telah menikah dengan Aisha, seorang gadis Turki satu minggu yang lalu. Aku merasa dunia telah gelap. Dan hidupku tiada lagi berguna. Harapan dan impianku semua lenyap. Aku kecewa pada diriku sendiri. Aku kecewa pada hari-hari yang telah kujalani.

Andaikan waktu bisa diputar mundur aku akan mengungkapkan semua perasaan cintaku padanya dan mengajaknya menikah sebelum dia bertemu Aisha. Aku merasa ingin mati saja. Tak ada gunanya hidup tanpa didampingi seorang yang sangat kucintai dan kusayangi. Aku ingin mati saja. Aku ingin mati saja. Aku rasa aku tiada boleh hidup tanpa kekuatan cinta. Aku akan menunggunya di syurga.


Tuesday, December 01, 2009

Histoire de Fantômes Chinois


Watched this movie at Canal Plus when I was staying at Nancy, France with Adzmely, Bob, Peot, Faizi and some other friends. It was a chinese movie being dubbed in french..Kind of strange huh?




"Le givre blanchit le lac de 10 lieux
Notre jeunesse s'éloigne peu à peu
La vie nous a séparé, triste destiné
Mais l'amour vaut mieux que l'immortalité"

(Histoire de Fantômes Chinois)