Sunday, August 31, 2008

Bomba Bedah Cincin (Part Deux)

This is a following to my previous posting about a man who was hospitalised after a ring that he put on his intimate part was stucked.
A nut similar to the one that was removed from the welder’s penis.


Another case of Malaysia Boleh spirit?
Read it yourself from TheStar : Welder put out of nut misery.

Thursday, August 28, 2008

Sayfol International School


Should Sepol studied in this school before entering UNITEN and created a scandal in Malaysian politics?

I don't know, but Sayfol International School's motto is appealing :

Think SAYFOL ... it is a sense of belonging.


Don't Know


Most People Don't Know
What They Want
But They're Pretty Sure
They Haven't Got It

Wednesday, August 27, 2008

Bomba Bedah Cincin

Petikan dari Harian Metro, Selasa 26Ogos 2008 :

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.

Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.

"Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.

Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.

Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.

"Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.

"Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu," katanya.

Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.

"Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong," katanya.

Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

"Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

"Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan," katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

"Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan," kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya.

Tuesday, August 26, 2008

Phrases That The French Frequently Use...

Je pense, donc je suis.
What really mean is : I think I am right, therefore I am right.

C'est comme ça / C'est la vie.
What really mean is : I knew it, and you didn't, so I'm in the right.

Mon oeil.
My eye.

Mon cul, oui.
An extremely rude expression of disbelief. English equivalent of "My arse".

Et mon cul, c'est du poulet?
An even ruder expression of disbelief.

Ah bon?
Really?
(Not really at all. You are talking bullshit.)

J'ai raison.
I am right.
(Implying that someone who is wrong is not only wrong but also crazy..)

Vous avez tort.
You are wrong.
(An expression closely related to the word tordu, meaning twisted, so that to a Frenchman being wrong is basically equivalent to being a pervert.)

Je vous l'avais dit.
I told you so.
(So I'm doubly right. Not only am I right, I'm right about being right.)

Ah oui, vous avez raison.
Yes, you are right.
(OK, you win, but that doesn't mean to say I'm going to disappear out of your life and let you get away...)

That's all for today.
Happy learning ... :)

Monday, August 25, 2008

Andai KuTahu

Sekadar muhasabah untuk diri sendiri...

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut."

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Youtube "Andai KuTahu" :



Untuk perspektif berbeza berkenaan Andai Ku Tahu, sila baca di sini.

Amélie Yang Baik Hati

"One person can change your life forever."

Filem ini mendapat pujian dari pengkritik, berjaya pula mendapat kutipan tinggi di box office di samping mendapat 5 pencalonan Oscar.

Amélie ialah kisah seorang manusia kerdil yang menjalani kehidupan di kota besar. Dalam kehidupan sehariannya, Amélie yang bekerja sebagai waitress di sebuah cafe di Montmarte, Paris adalah seorang yang amat tinggi daya imaginasi. Mungkin disebabkan dia dibesarkan bersendirian, mungkin pengaruh kehidupan di kota besar, atau mungkin juga sebab dia sering cuba mencari erti kasih sayang dan makna kehidupan bagi dirinya.


Filem ini dilatari oleh warna hijau, kuning dan merah hasil dari inspirasi pelukis terkenal Brazil, Juarez Machado. Le Fabuleux Destin d'Amélie Poulain adalah satu lagi filem Perancis yang menarik untuk ditonton. Mungkin para peminat filem tempatan kita boleh mempelajari sesuatu dari filem Amélie ini.

Sunday, August 24, 2008

Minitel, anyone?


Back in 1991-1996 when I was a student in France, Internet was not as popular as today yet.
But we had another thing that seem to function like Teletext which was as popular as Internet today. It was called Minitel.

3615 3SUISSES, 3615 ULLA. Still remember?


You might not know this if you were not there in the eighties or nineties. Honestly, I never know how to use it. Even though I've tried soo many times. Believe me, I've tried so hard :)

Wikipedia describe Minitel as a "Videotex online service accessible through the telephone lines, and is considered one of the world's most successful pre-World Wide Web online services. It was launched in France in 1982 by the PTT (Poste, Téléphone et Télécommunications; divided since 1991 between France Télécom and La Poste). From its early days, users could make online purchases, make train reservations, check stock prices, search the telephone directory, and chat in a similar way to that now made possible by the Internet."

You need to register to France Telecom in order to benefit from Minitel. If you registered to it, you would receive a small computer box called a Minitel to connect to the provider's server. You would be able to check your exam results, buy some train tickets online, or go to sex sites (the last one created a lot of fortune for France Telecom).

The access code, just like the WWW-dot or HTTP-whatever, would be 3615-something : 3615 Post Office, or 3615 Phone Sex, 3615 This, 3615 That... At that time, if you were an avid Minitel user, you can find almost anything through Minitel.

Saturday, August 23, 2008

Mencapai Matlamat Semudah ABCD

"Biasanya orang yang takut impian besar adalah orang yang tidak ada ABU : Always Believe in Urself. Bila anda berpegang pada ABU, segala impian anda yang besar pun anda tidak akan rasa takut."

Menurut Abang Abu di dalam Mentor Jutawan, untuk mencapai impian kita sebenarnya adalah semudah ABCD. Macamana pulak tu?


A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim (matlamat), ada juga yang banyak sangat aim. Matlamat kena satu, kerana selalunya ramai orang yang mempunyai terlalu banyak matlamat.

"When you have no goal or too many goals, you go nowhere."

B pula adalah Believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai yang mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya kerana kurang kepercayaan pada kebolehan diri sendiri. Thomas Edison mencuba mencipta lampu beratus kali kerana beliau percaya dengan matlamatnya.

C adalah Courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu tetapi ianya gagal atau tak menjadi. Kita perlu berani menghadapi kegagalan dan berubah!

D pula Do it! Kalau nak duit kena do it. Kalau nak capai sesuatu, kita kena lakukan sesuatu. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita inginkan.

"If I hear, I forget; If I see, I remember; If I do, I make it my own."

Wednesday, August 20, 2008

Padah Lelaki Hidung Belang

Jaga-jaga jika anda sudah beristeri tetapi tergolong lelaki hidung belang.
Ini yang mungkin anda hadapi jika tembelang anda pecah :)



Tuesday, August 19, 2008

Motivasi Olimpik


"When someone says you can't do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination."

-Michael Phelps
Sesuatu yang amat memberi inspirasi!

Monday, August 18, 2008

Membantu Orang Yang Sedang Nazak

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-masing membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam - macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain-lain boleh bersama-sama semak.

ii. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha illallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amin.

Saturday, August 16, 2008

Man On Fire


"Revenge is a meal best served cold."

"Forgiveness is between them and God...My job is to arrange the meeting."

"Creasy's art is death, and he is about to paint his masterpiece."

Begitu antara tagline filem "Man On Fire" lakonan Denzel Washington dan Dakota Fanning. Filem yang membuak dengan dendam dan keganasan.

Creasy (Denzel Washington) bekas pembunuh dari CIA, yang hilang arah tujuan hidup dan menjadi kaki botol, akhirnya menerima tawaran kerja sebagai pengawal peribadi sebuah keluarga usahawan kaya di Mexico City. Plotnya pada mulanya bergerak agak lembap. Tapi sebaik saja Pita (Dakota Fanning) diculik, kita akan ingin terus menonton filem ini hingga ke akhirnya.




Creasy menggunakan segala kemahiran dan kejahatan yang dipelajarinya dari CIA untuk memburu dan memusnahkan satu persatu mereka yang terlibat dalam penculikan Pita. Creasy menculik dan menyeksa ahli "La Hermandad" dari kumpulan polis korup, hingga akhirnya maklumat yang diterima membawanya bertemu Daniel Sanchez, ketua kumpulan penculik yang meminta wang tebusan bagi Pita.

Jika anda telah menonton filem ini, pastinya emosi anda akan terbuai mendengar dendangan Carlos Varela sewaktu scene penculikan Pita. Una Palabra (A Word) adalah salah satu dari soundtrack filem "Man On Fire". Kalau minat nak belajar bahasa Sepanyol, boleh hayati liriknya di bawah :)


una palabra - carlos varela

Una palabra no dice nada
y al mismo tiempo lo esconde todo
igual que el viento que esconde el agua
como las flores que esconde el lodo.

A word does not say anything
And at the same time it hides everything
Just as the wind that hides the water
Like the flowers that mud hides.

Una mirada no dice nada
y al mismo tiempo lo dice todo
como la lluvia sobre tu cara
o el viejo mapa de algun tesoro.

A glance does not say anything
And at the same time it says everything
Like rain on your face
Or an old treasure map

Una verdad no dice nada
y al mismo tiempo lo esconde todo
como una hoguera que no se apaga
como una piedra que nace polvo.

A truth does not say anything
And at the same time it hides everything
Like a bonfire that does not go out
Like a stone that is born dust.

Si un dia me faltas no sere nada
y al mismo tiempo lo sere todo
porque en tus ojos estan mis alas
y esta la orilla donde me ahogo,
porque en tus ojos estan mis alas
y esta la orilla donde me ahogo.

If one day you're missing, I will be nothing
And at the same time I will be everything
Because in your eyes are my wings
And the shore where I drown,
Because in your eyes are my wings
And the shore where I drown

Friday, August 15, 2008

Petua Murah Rezeki


Berikut adalah 11 jenis amalan untuk murah rezeki..

11 amalan untuk murah rezeki

1. Takwa.
Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud: "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.”

2. Banyakkan Doa.
Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat. Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.

3. Banyakkan Sedekah.
Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.

4. Buat Baik kepada Ibu Bapa.
Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. Ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.

5. Banyakkan istigfar - minta ampunkan dosa sendiri.
Perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. Dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.

6. Solat Dhuha.
Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. Ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini. Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.

7. Baca Surah Al-Waqiah.
Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

8. Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan.
Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan. Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

9. Jangan Menyeksa Binatang.
Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t. Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

10. Sambung Silaturahim.
Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan. Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim." (HR Bukhari)

11. Membayar Zakat.
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Semoga kita semua dapat amalkan kesemua 11 tips diatas di dalam kehidupan seharian.

Projek Information Superhighway Tangguh Lagi?

Seperti yang dilaporkan laman blog rocky's bru ("The 18 Billion Ringgit Man"), ianya merupakan satu lagi kerugian buat kita rakyat keseluruhannya.

Kenapa perlu dibatalkan perjanjian High Speed Broadband (HSBB) dengan Telekom Malaysia hanya kerana dikatakan wakil pelabur dari Pahang berjaya menarik perhatian Putrajaya pada satu lagi proposal yang lebih tingggi kosnya (RM18 billion)?

Patutlah kita sering ketinggalan dalam perlumbaan arena Teknologi Maklumat (IT). Banyak sangat kerenah birokrasi, hanky panky, under table deal, dan macam-macam lagi.

Laporan Bernama: Telekom To Finalise High-speed Broadband Project Agreement Next Month
Laporan Reuter: Telekom Malaysia broadband deal delayed -source

Thursday, August 14, 2008

Five Minute Management Course


A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field.

While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him.

As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was.

The dung was actually thawing him out!

He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy.

A passing cat heard the bird singing and came to investigate.

Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him.


Morals of the story:

(1) Not everyone who shits on you is your enemy.

(2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.

(3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!

Kisah Abang Abu


Kisahnya bermula dengan tragedi kemalangan.

Ketika itu Abang Abu baru berusia 22 tahun, anak sulung dari 5 beradik.
Kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan pada tahun 1994 itu.

Tinggalah dia, yang koma selama beberapa hari untuk meneruskan tugas menjadi ketua keluarga.Tapi yang menariknya, Abang Abu bangun dan menjadi usahawan yang berjaya.

Kenapa orang itu kaya?
Kenapa orang itu miskin?
Semuanya terletak pada minda.

Pelajari kisah kebangkitan Abang Abu dari tragedi yang menimpanya hingga berjaya menjadi jutawan. Dapatkannya dalam Mentor Jutawan.

Jadikan Perniagaan Sebagai Tabiat


Irfan Khairi mempunyai tip untuk berjaya dalam hidup : Jadikan Perniagaan Sebagai Satu Tabiat.

Berikut sebahagian dari nasihatnya dalam newsletter untuk para pembaca "RahsiaInternet.com" :

Rohaizan, kesemua usahawan jutawan yang berjaya yang pernah saya jumpa menjadikan perniagaan sebagai tabiat!

Apa kata anda fikirkan konsep ini- jadikan perniagaan sebagai tabiat anda. "The habit of doing & running business."

Diri saya sendiri juga sudah menjadikan perniagaan sebagai tabiat. Kebanyakan masa dalam sehari saya luangkan dalam perniagaan dan fikirkan mengenai perniagaan. Bila perniagaan menjadi sebahagian daripada diri kita, dan ianya menjadi tabiat, ianya amat sukar untuk gagal dalam perniagaan.

Bagaimana hendak menjadikan perniagaan sebagai tabiat? Saya ada satu jawapan yang amat bernas...

Sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 - 30 hari seterusnya, ianya akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akan mati.
- Rasullullah S.A.W

Bukan sahaja perniagaan sebagai karier pilihan... tetapi, perniagaan dijadikan sebagai tabiat. Tabiat mencari rezeki perniagaan!

Salam hormat!

-Irfan Khairi

Wednesday, August 13, 2008

Fakta Berkenaan Surat Berantai Sheikh Ahmad

SOALAN 1.

Saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah swt. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan Ustadz?

SOALAN 2.

Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Didalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Diakhir surat tersebut disuruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa
dua minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah swt sesuatu hajat atau kurnia. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.


JAWAPAN

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.

PERTAMA DARI SEGI ISI.

Kebatilanya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasulullah saw didalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir Haji Wida', Rasulullah saw telah bersabda " Telah sempurna bagi mu agama mu " yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau agama yang akan turun selepas itu.

MAHU IKUT YANG MANA? SURAT INI KAH ATAU AL-QURAN?


KEDUA DARI SEGI ARAHANNYA.

Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya, sekiranya tidak maka kita akan ditimpa bencana, maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada kuasa lain selain Allah swt.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah saw dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman?

Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedarkan 20 salinan, akan mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini palsu. Untuk menambahkan
lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara di atas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Alahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul
Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, sehingga kita teringat akan surat wasiat tersebut dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah swt memasukannya kedalam Internet.

KESIMPULANNYA, JANGANLAH PERCAYAKAN SURAT TERSEBUT DAN SELAGI ADA UMAT YANG PERCAYAKANNYA MAKA IANYA TETAP AKAN BEREDAR HINGGA BILA-BILA.

Seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya di sekolah rendah lagi dan mugkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu.

DARI PENERANGAN DI ATAS JELASLAH MEMPERCAYAI SURAT WASIAT TERSEBUT
ADALAH HARAM.

WALLAHU'ALLAM.

Tahniah HPA!


Petikan laporan Harian Metro, Rabu 13 Ogos 2008.

HPA Terima Anugerah

Syarikat pemasar Kopi Radix, HPA Industries Sdn Bhd menerima Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis memasarkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lalu, HPA Industries menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerah pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000 selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, semalam.

Pengarah Urusan HPA Industries, Ismail Ahmad, berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

Petikan laporan Bernama mengenai Anugerah Perdana Menteri MAHA 2008:

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Syarikat pemasar kopi 'Radix', HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

"Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.


Friday, August 08, 2008

Sahabat Saya Menjimatkan RM70 juta Dari Poket MAS

Rakan satu sekolah dan sekelas saya, Sharul Isahak telah berjaya membangunkan perisian E-Promis (Engineering Project Management System) untuk Malaysia Airlaine system (MAS). Perisian itu digunakan untuk pengurusan selenggaraan pesawat MAS yang berjumlah sebanyak 90 buah. Mengikut laporan theStar, perisian sahabat saya ini telah berjaya menjimatkan perbelanjaan syarikat sebanyak RM70 juta!

Doc, wa caya lu.
Syabas! Tahniah! Congrats! Felicitation.


Gambar dari TechCentral theStar.

Berita penuh boleh dibaca di theStar Online.

Thursday, August 07, 2008

10 Perkara Perbuatan Sia-Sia

Untuk renungan bersama:

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

When it rains

Ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Kolam renang Olimpik 2008 telah dibuka untuk semua peminat sukan renang kawasan Apartmen Taman Kinrara.

Anda perlukan tempat untuk berenang? Tak perlu terbang hingga ke Beijing.
Kami punya kemudahan kolam renang bertaraf Sukan Olimpik.

Lihat saja paparan kolam renang kami di dalam posting ini. Kami punya pelbagai kemudahan yang tak kurang hebatnya.

Para perenang akan sentiasa diuji apabila berlatih dalam kolam renang Olimpik kami. Kami telah memelihara beberapa jenis haiwan liar seperti buaya, tenggiling dan biawak di dasar kolam bertujuan memotivasikan para pelatih renang untuk lebih pantas berenang.

Kolam renang kami juga telah disumbatkan dengan pelbagai jenis sampah sarap dan juga bahan buangan kimia untuk ujian ketahanan pernafasan para perenang semua.

Apa lagi yang ditunggu. Singgahlah ke kolam renang Olimpik kami pada bila-bila masa anda terasa gian nak berlatih berenang. Pastinya anda akan serik untuk berenang lagi seumur hidup!
:)

Mesej Dari Air


"If you realised how powerful your thoughts are, you would never think another negative thought."
-Peace Pilgrim Author.

Di dalam buku "The Hidden Message of Water", Doktor Masaru Emoto telah membentangkan hasil kajian yang dilakukannya ke atas sejumlah sampel air. Dia mengambil sejumlah sampel titisan air lalu diletakkannya pada 50 bekas berbeza. Kemudian dia membekukan air tersebut pada suhu di bawah 25°C. Tiga jam selepas itu sampel air beku itu diletakkan pada suhu di bawah 5°C pula untuk mendapatkan bentuk kristal lalu diambil gambarnya melalui mikroskop.

Apakah hasil yang ingin diperolehi dari eksperimen ini?



Sebelum melakukan eksperimen tersebut, sampel-sampel air itu telah didedahkan pada beberapa jenis persekitaran yang berbeza seperti di bawah alunan muzik, ayat-ayat doa dan perkataan-perkataan tertentu.

Hasilnya Doktor Masaru Emoto mendapati kristal yang terbentuk adalah berbeza-beza mengikut persekitaran di mana sampel air itu diletakkan sebelumnya. Muzik Beethoven, doa-doa, dan perkataan seperti "sayang", "cantik", "terima kasih" telah menghasilkan kristal air yang cantik. Sementara muzik heavy metal dan perkataan seperti "saya benci kamu", "saya akan bunuh awak" menghasilkan kristal air yang hodoh dan cacat!

Cuba tuliskan pada sehelai kertas apa yang telah kita fikirkan dan katakan sepanjang sehari. Apakah fikiran yang begitu dominan dalam minda kita? Adakah ianya positif atau negatif?

Pemikiran dan perkataan seharian yang positif akan membantu menjadikan tahap kesihatan, kewangan dan kebahagiaan kita menjadi lebih baik. Oleh itu, elakkan fikiran negatif menguasai diri. Selalu usaha fikirkan positif sahaja.

Perisian Internet Filter


Sebuah syarikat yang bernama ParentalTools ada menawarkan satu perisian komputer percuma yang boleh menyelamatkan ahli keluarga kita daripada bahana bahan porno di Internet. Diharap semua pihak termasuk ibu bapa dapat mengambil inisiatif ini bagi membendung gejala keruntuhan moral masyarakat Malaysia pada hari ini.

Pengguna boleh menetapkan password protection di menu Setting. Klik Invisible Mode untuk menyembunyikannya.

Moga Allah memberi ganjaran kepada sesiapa yang menyebarluaskan perkara kebaikan...

Klik di bawah untuk download :
http://www.krieyz. com/iprotectyou. html

Quote Of The Day

DREAM
"Your future depends on your dreams"
So go to sleep

WORK
"Hard work never killed anybody"
But why take the risk

SUCCESS

Success is a relative term.
It brings so many relatives.

Jus Buang Angin

Produk terbaru untuk segala masalah 'hangin' dalam badan.
Tengah tunggu sijil halal dari Jakim :)

Tafsiran Di Sebalik Alamat Emel

Apa Erti ID yang diguna untuk alamat emel?
Untuk bacaan santai saja.
Jangan ambil serius sangat... :)

1. GUNAKAN NAMA PENUH
Sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amirah_alias@ yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH
Contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@ yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2001@ hotmail.com'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2002? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nickname itu?

4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@tokeykedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dengan gaya tersendiri.

5. NOMBOR & ABJAD
Contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!

Apa Erti Di Sebalik Alamat E-Mel

Untuk bacaan santai saja.
Jangan ambil serius sangat... :)

1. GUNAKAN NAMA PENUH
Sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amirah_alias@ yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH
Contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@ yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2001@ hotmail.com'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2002? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nickname itu?

4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@tokeykedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dengan gaya tersendiri.

5. NOMBOR & ABJAD
Contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!

Quote Of The Day

A bus station is where a bus stops.

A train station is where a train stops.

On my desk, I have a work station....

what more can I say........ :)

Warkah Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir lima bulan mak pergi,
rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kalinya.
Em...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggalkan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

Mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
kakak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bagitau kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesen lama laaa...
mak cuma gelak je...
Em..bahagianya saat itu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kita berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut je..

Mak tetap tak bersetuju....
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....

Mak....
ampunkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampunkan kami ye mak....

Mak....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
kita kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya aje..
cukup ke duit..
kita jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak aje.....

Lepas tu bila kereta kita sampai....
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kita masih ingat lagi...
bila kita eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali bagitau kat mak.....
Bila balik sahaja kampung....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba je kita jawab terlanggar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan ...
ampunkan kita....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 21/03/2008
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kan...kan...kan?

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasan...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu ditahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lengang...
kosong...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya....
terasa syahdu dan sayu...dingin....

Mak.....
Kita masih ingat lagi...
Kita baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak dimandikan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak.....
Kita gosok kaki mak perlahan-lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..."Dik...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi la laju airmata ni..
tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takda orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih...
kita rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai solat subuh,
kita baca Yasin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa kita sentuh dahi mak....
kita rasa sejuk sangat dahi mak...
kita tak mampu nak cium mak...
kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tau...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak.....
Hari2 kita lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
selepas kita baca Yasin dengan kawan-kawan. ....
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak, pastu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
tak dapat nak bayangkan macamana nak lalui aidil fitri tahun ini
tanpa mak dengan abah

Mak tau...
kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampung...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...
puas la kakak memujuk kita...
akak kata..." tak baik la nangis aje..doalah untuk mak.."
dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke ulu hati...
rasa ngilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah Al-Fatihah kita berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kita bagitau...
simpan je buat kenangan..

Takpe ye mak...
Kita kasi orang lain baca...
Kita stop dulu...
sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Anak mak yang dah tak degil.

Monday, August 04, 2008

The Effect Of Petrol Price Increase To School Bus

Kesan kenaikan harga petrol pada bas sekolah

Awas Si Pemenggal Kepala!

Posting saya pada 14 Julai lepas ada menyentuh mengenai kes pembunuhan ngeri Datuk Mazlan Idris dan juga Altantuya Sharibuu. Nampaknya memang terbukti rakyat Malaysia mempunyai kepakaran membunuh yang tak kurang hebatnya.

Terbaru, BBC News melaporkan Noor Azura Mohd-Yusoff, dari Ealing, di barat London dan kekasihnya Trach Lon Gian, dari Deptford (selatan London), didapati bersalah kerana membunuh Xing Xing Xie di Old Bailey.

Xing Xing Xie dikatakan ditikam dua kali di leher dan dipenggal kepalanya semasa masih lagi bernyawa! Pemeriksaan post-mortem mendapati 37 kesan luka pisau.

Noor Azura Mohd-Yusoff adalah seorang rakyat Malaysia berumur 22 tahun. Trach Lon Gian, 27 tahun, dilahirkan di Belfast dan berasal dari Vietnam. Xing Xing Xie, 23 tahun berasal dari Sichuan, China.

"Her family have had to suffer the loss of a daughter many thousands of miles from home, in an unfamiliar city, and in the most harrowing and tragic circumstances."

Friday, August 01, 2008

Memento : For Those Who have Memory Problem

Kepada sesiapa yang dah terbiasa tengok filem-filem cliche ala Hollywood tu, cuba sesekali ubah seleksi movie anda.

Apa kata tengok filem "Memento" (kena beli DVD & tengok banyak kali sebab filem ni complicated sikit). Filem ni dari genre psychological thriller yang ditulis dan diarahkan oleh Christopher Nolan, pengarah yang sekarang meletup dengan "Dark Knight".

"Memento" ni kos dia low budget je sebenarnya, dalam USD4.5 juta. Disiapkan pada tahun 2000. Tapi kutipan waktu tayangan mencecah hingga USD40 juta (sekarang sure dah lebih dari jumlah tu).

Ceritanya berkisar watak seorang penyiasat insuran, Leonard Shelby (lakonan hebat Guy Pearce) yang memburu seorang lelaki yang dia yakin dah rogol & bunuh wife dia. Masalahnya dia ada "Anterograde amnesia" atau lebih kurang "short term memory loss".

Maka Leonard pun menggunakan pelbagai cara untuk mengatasi masalah daya ingatannya (guna gambar, nota, tatoo untuk rekodkan maklumat berkenaan dirinya sendiri dan pembunuh yang diburunya).

Penceritaan "Memento" berpecah pada dua cabang: satu dalam gambar warna, satu lagi dalam bentuk hitam putih. Mungkin untuk membezakan antara realiti penyisatan Leonard (dalam
reverse chronological order) dan scene perbualan telefon (dalam chronological order).

Sebenarnya "Memento" bukan untuk ditonton, tapi dihayati. Setiap scene dan dialog mengandungi info yang akan membantu kita memahami jalan ceritanya. Pada sesiapa yang pernah melalui episod kehilangan seseorang, mungkin filem ini untuk santapan minda anda.






"Some Memories Are Best Forgotten"