Thursday, August 07, 2008

Mesej Dari Air


"If you realised how powerful your thoughts are, you would never think another negative thought."
-Peace Pilgrim Author.

Di dalam buku "The Hidden Message of Water", Doktor Masaru Emoto telah membentangkan hasil kajian yang dilakukannya ke atas sejumlah sampel air. Dia mengambil sejumlah sampel titisan air lalu diletakkannya pada 50 bekas berbeza. Kemudian dia membekukan air tersebut pada suhu di bawah 25°C. Tiga jam selepas itu sampel air beku itu diletakkan pada suhu di bawah 5°C pula untuk mendapatkan bentuk kristal lalu diambil gambarnya melalui mikroskop.

Apakah hasil yang ingin diperolehi dari eksperimen ini?



Sebelum melakukan eksperimen tersebut, sampel-sampel air itu telah didedahkan pada beberapa jenis persekitaran yang berbeza seperti di bawah alunan muzik, ayat-ayat doa dan perkataan-perkataan tertentu.

Hasilnya Doktor Masaru Emoto mendapati kristal yang terbentuk adalah berbeza-beza mengikut persekitaran di mana sampel air itu diletakkan sebelumnya. Muzik Beethoven, doa-doa, dan perkataan seperti "sayang", "cantik", "terima kasih" telah menghasilkan kristal air yang cantik. Sementara muzik heavy metal dan perkataan seperti "saya benci kamu", "saya akan bunuh awak" menghasilkan kristal air yang hodoh dan cacat!

Cuba tuliskan pada sehelai kertas apa yang telah kita fikirkan dan katakan sepanjang sehari. Apakah fikiran yang begitu dominan dalam minda kita? Adakah ianya positif atau negatif?

Pemikiran dan perkataan seharian yang positif akan membantu menjadikan tahap kesihatan, kewangan dan kebahagiaan kita menjadi lebih baik. Oleh itu, elakkan fikiran negatif menguasai diri. Selalu usaha fikirkan positif sahaja.

No comments: