Thursday, August 07, 2008

When it rains

Ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Kolam renang Olimpik 2008 telah dibuka untuk semua peminat sukan renang kawasan Apartmen Taman Kinrara.

Anda perlukan tempat untuk berenang? Tak perlu terbang hingga ke Beijing.
Kami punya kemudahan kolam renang bertaraf Sukan Olimpik.

Lihat saja paparan kolam renang kami di dalam posting ini. Kami punya pelbagai kemudahan yang tak kurang hebatnya.

Para perenang akan sentiasa diuji apabila berlatih dalam kolam renang Olimpik kami. Kami telah memelihara beberapa jenis haiwan liar seperti buaya, tenggiling dan biawak di dasar kolam bertujuan memotivasikan para pelatih renang untuk lebih pantas berenang.

Kolam renang kami juga telah disumbatkan dengan pelbagai jenis sampah sarap dan juga bahan buangan kimia untuk ujian ketahanan pernafasan para perenang semua.

Apa lagi yang ditunggu. Singgahlah ke kolam renang Olimpik kami pada bila-bila masa anda terasa gian nak berlatih berenang. Pastinya anda akan serik untuk berenang lagi seumur hidup!
:)

No comments: