Monday, January 29, 2007

Reviu filem "Senario dalam Pemburu Emas Yamashita"

Hello para peminat filem Melayu semua!

Kali ini izinkan saya membuat satu ulasan atau reviu satu filem bodoh yang telah saya tonton beberapa hari yang lepas.

Disebabkan udah tonton, bolehlah saya buat kesimpulan filem ni bodoh. Kalu tak tonton tak bolehle kata filem bodoh. Betul tak?

Sebelum memulakan ulasan, saya ingin melontarkan secebis rasa simpati terhadap anda para peminat filem Melayu semua. Anda memang malang kerana selalu diperbodohkan.
Dahle petrol naik harga, caj elektrik naik, tol naik, barang keperluan semua naik harga, lepas tu pembikin filem Melayu tak habis-habis bagi filem bodoh untuk anda tonton.
Teman memang simpati bebeno dengan ke'malang'an nasib kome sekalian.

Berbalik pada filem "Senario dalam Pemburu Emas Yamashita", kisahnya memfokuskan pada empat orang mamalia berjantina lelaki yang dimasukkan ke rumah orang-orang mental terganggu. Mamat 4 orang tu tak sewel pun, tapi mereka berada di situ atas sebab-sebab tertentu.

Setelah 4 orang mamat ni bertemu di rumah gangguan mental, maka timbullah cerita emas tinggalan Yamashita Tomoyuki semasa Perang Dunia II dulu. Apalagi, masing-masing pun pergi ke lokasi emas tersebut mengikut panduan sebuah peta yang diterima oleh salah seorang dari 4 mamat tu. Turut bersama dalam pemburuan adalah ketua rumah gangguan mental bersama doktornya, juga seorang YB.


Kenapa saya kata filem ni bodoh? Sebab banyak sangat adegan bodoh, memperbodohkan dan bodoh-bodoh alang :
-adegan meludah, kentot.
-adegan kencing dalam hutan, lawak malam jumaat.
-mengeksploit orang kenet untuk buat lawak.
-adegan Wahid pegang tetek Nora Danish (ops! ini saja aku tambah).
-lawak bodoh Digi, prof Kamsani, dll...

Kalu nak senarai semua sekali ada banyak lagi, kalau ada masa aku buat lain kali.

Ciao!

Monday, January 08, 2007

Rutin harian (Part Deux)

Tidur pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).
Bangun pukul .......(tak tentu, pagi/petang/malam).
Tidur semula pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).
Bangun lagi pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).
Masuk ofis pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).
Keluar ofis pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).
Tiba di rumah pukul ....... (tak tentu, pagi/petang/malam).

Beginilah rutin harian hidup saya yang ceria berwarna warni (baca : cacamarba dan serabai).

Begitulah hari demi hari seterusnya.

Untuk makluman, sekarang ni saya kerja shift (24x7).

Emel Kejayaan

Aku dapat satu emel.
Bunyinya lebih kurang begini :

xXx (ni nama aku, dah disamarkan), terdapat Dua Faktor Utama Kegagalan yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya.
...
1: Fikirkan tidak boleh!
...
Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.
...
Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".
...
2: Zon Selesa
...
Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah.
...
Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.
...
Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarik kita dengan keadaan kita kini.
...

OK, sekarang aku mahu jadi kaya dan boleh melakukannya.
Tapi, camna?
Korang ada idea yang original nak jadi kaya?

Selamat Tahun Baru!