Monday, January 08, 2007

Emel Kejayaan

Aku dapat satu emel.
Bunyinya lebih kurang begini :

xXx (ni nama aku, dah disamarkan), terdapat Dua Faktor Utama Kegagalan yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya.
...
1: Fikirkan tidak boleh!
...
Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.
...
Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya Boleh! Saya Boleh! Saya Boleh!".
...
2: Zon Selesa
...
Semua orang mempunyai zon selesa. Iaitu keadaan di mana anda rasa selesa dan tidak mahu berubah.
...
Faktor Zon Selesa mengatakan, ia adalah amat sukar untuk seseorang itu keluar dari zon selesanya. Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Tabiat akan membuatkan kita terperangkap di zon selesa.
...
Setiap kali kita ingin keluar dari keadaan semasa, tabiat akan menarik kita dengan keadaan kita kini.
...

OK, sekarang aku mahu jadi kaya dan boleh melakukannya.
Tapi, camna?
Korang ada idea yang original nak jadi kaya?

Selamat Tahun Baru!

No comments: