Monday, January 29, 2007

Reviu filem "Senario dalam Pemburu Emas Yamashita"

Hello para peminat filem Melayu semua!

Kali ini izinkan saya membuat satu ulasan atau reviu satu filem bodoh yang telah saya tonton beberapa hari yang lepas.

Disebabkan udah tonton, bolehlah saya buat kesimpulan filem ni bodoh. Kalu tak tonton tak bolehle kata filem bodoh. Betul tak?

Sebelum memulakan ulasan, saya ingin melontarkan secebis rasa simpati terhadap anda para peminat filem Melayu semua. Anda memang malang kerana selalu diperbodohkan.
Dahle petrol naik harga, caj elektrik naik, tol naik, barang keperluan semua naik harga, lepas tu pembikin filem Melayu tak habis-habis bagi filem bodoh untuk anda tonton.
Teman memang simpati bebeno dengan ke'malang'an nasib kome sekalian.

Berbalik pada filem "Senario dalam Pemburu Emas Yamashita", kisahnya memfokuskan pada empat orang mamalia berjantina lelaki yang dimasukkan ke rumah orang-orang mental terganggu. Mamat 4 orang tu tak sewel pun, tapi mereka berada di situ atas sebab-sebab tertentu.

Setelah 4 orang mamat ni bertemu di rumah gangguan mental, maka timbullah cerita emas tinggalan Yamashita Tomoyuki semasa Perang Dunia II dulu. Apalagi, masing-masing pun pergi ke lokasi emas tersebut mengikut panduan sebuah peta yang diterima oleh salah seorang dari 4 mamat tu. Turut bersama dalam pemburuan adalah ketua rumah gangguan mental bersama doktornya, juga seorang YB.


Kenapa saya kata filem ni bodoh? Sebab banyak sangat adegan bodoh, memperbodohkan dan bodoh-bodoh alang :
-adegan meludah, kentot.
-adegan kencing dalam hutan, lawak malam jumaat.
-mengeksploit orang kenet untuk buat lawak.
-adegan Wahid pegang tetek Nora Danish (ops! ini saja aku tambah).
-lawak bodoh Digi, prof Kamsani, dll...

Kalu nak senarai semua sekali ada banyak lagi, kalau ada masa aku buat lain kali.

Ciao!

No comments: