Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Belasungkawa Sahabat


aku seperti kembali nampak
engkau berlari
aku seperti kembali lihat
engkau tersenyum dan ketawa
gigi yang putih berbaris teratur
hati yang bersih memancar di wajah yang luhur

kita pernah bersama
berlari di padang berjalur
engkau mendahului
sedang kami membontoti

kita pernah bersama
makan dari satu kawah dan kuali
engkau membesar tinggi
sedang kami sekadar begini

kita pernah bersama
meniti remaja di koridor hidup yang sempit
mengulit mimpi dalam dormitori yang padat
mencari dan mengenal diri di atas bumi tanjung yang sarat
dengan memori

kawanku
aku masih nampak kau berlari
berlari meninggalkan kami
dan seperti biasa
kau masih mendahului kami
berlari ke pangkuan Ilahi


*ALLAH selamat sejahterakanlah Ruh Allahyarham Zulkifli Bin Ismail (duduk di tengah), amiin!
Puisi tulisan Iskay IK.

Wednesday, November 11, 2009

Cebisan Memori (II)

Kebosanan demi kebosanan kulalui dan aku bersedia untuk menghadapi satu lagi kebosanan sebelum menjejakkan kaki ke tanahair. Para penumpang berpusu-pusu ingin memasuki kabin pesawat.

“Good morning, Sir! Welcome aboard .” Ah! Lagi-lagi bahasa asing yang jadi pertuturan. Bilakah aku akan mendengar bahasa mulia ibunda? Terlalu rindu rasanya. Putih sangatkah kulitku ini? Jikalau ada Rizal, sudah tentu akan ditegurnya pramugari yang menuturkan bahasa Inggeris itu. Bilakah anak bangsa akan mula percaya pada bahasanya sendiri? Begitulah yang selalu disoalkan si Rizal.

Perjalanan dari Paris ke Kuala Lumpur akan mengambil masa enam belas jam. Kebosanan terakhir yang mesti kutangani dengan bijak. Di sebelah kananku dua orang muda mudi berbangsa Perancis sedang memperkatakan sesuatu. Mungkin aku perlu manyampuk perbualan mereka untuk meringankan beban kebosanan.

Sebelum bergerak, juruterbang penerbangan memulakan ucapan dengan mengalu-alukan ketibaan para penumpang dan memberikan sedikit sebanyak maklumat mengenai penerbangan yang akan dikendalikannya. Para pramugari manis dan pramugara segak juga sibuk mundar mandir untuk memastikan setiap penumpang mengikut arahan yang ditetapkan sewaktu berada di dalam kapal terbang. Ada juga yang menolong penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan.

Sewaktu pesawat MH005 mula bergerak meninggalkan lapangan terbang Charles De Gaulle, keghairahan dan kekhuatiran berbaur menguasai minda. Aku ingin cepat tiba di negeri tumpah darahku. Dalam masa yang sama aku sedar penerbangan ini juga tidak terlepas dari risiko kemalangan atau lain-lain halangan. Betapa kerdilnya kita di ruang angkasa milikNya. Isyarat “Sila Pasang Tali Pinggang Keselamatan” masih belum padam. Sejurus kemudian aku terasa tubuhku terdungak sedikit tanda pesawat mula menaikkan sedikit muncungnya untuk mencapai altitud yang lebih tinggi.

Aku membuang pandang ke bumi. Rumah - rumah dan segala macam bangunan juga kenderaan di daratan kelihatan semakin mengecil. Manusia yang mundar mandir kelihatan seperti semut - semut yang merayap. Sebaik lampu isyarat yang meminta para penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan terpadam, suara juruterbang yang mengemudi penerbangan kedengaran lagi memberitahu paras ketinggian pesawat.

Aku membayangkan keseronokan-keseronokan di tanahair yang bakal kutempohi bersama si dia. Kami akan meraikan Aidil Fitri bersama. Setelah enam tahun melalui Aidil Fitri yang hambar di Perancis, tahun depan dendamku akan berbalas. Walau bagaimanapun, itu perkara nombor dua, Yang paling penting, yang nombor wahid, aku perlu menikahi si dia dahulu. Begitulah rancanganku. Dan kami akan tinggal sebumbung secara sah, mengecap kelazatan hidup berumahtangga yang memang pun disuruh Nabi.

Aku disergah dari khayalanku entah untuk kali yang keberapa. Seorang pramugari dengan senyum manis menanyakan menu pilihanku. Setelah menyatakannya, pramugari itu kemudian menghulurkan hidangan. Aku menghabiskan lauk yang dihidang dengan lahapnya. Jiran di sebelahku hanya menjamah sayur-sayuran dan biskut yang dihidangkan. Mungkin dia tidak begitu berselara dengan makanan yang dihidangkan.

Aku cuba melelapkan mata setelah makan tetapi tidak berjaya. Sebuah filem sedang ditayangkan di papan skrin tapi tak ramai yang ambil endah sangat. Mungkin disebabkan kebisingan enjin kapal terbang. Ada juga yang segera terlelap sebaik menamatkan hidangan.

“Anda rakyat Malaysia?” tanya jiran di sebelahku, Daniel, selepas kami berkenalan. Aku anggukkan kepala menjawab pertanyaannya. Dia menyatakan kekagumannya sebaik kuberitahu telah menetap selama enam tahun di Perancis.

“Bagaimana pandangan anda terhadap negara kami?” tanyanya lagi. Agak rumit juga soalannya itu. Aku kurang pasti apa yang harus dikatakan.

“Orang Perancis mempunyai kelainannya sendiri,” begitu akhirnya jawaban yang mampu aku suarakan setelah agak kebuntuan pada mulanya.

“Kelainan yang bagaimana?” soalnya lagi. Kebijaksanaanku diuji lagi.

“Tiap-tiap bangsa di dunia ini mempunyai kelainan masing-masing. Orang Inggeris misalnya, agak konservatif. Bangsa Melayu pula, walaupun agak berat mulut, akan jadi peramah setelah berkenalan dan seringkali tak lupa memberi senyuman unik apabila berbicara,” tegasku sedikit megah.

“Bangsa Perancis pula bagaimana?” pertanyaan jiran di sebelahku ini lebih mendalam nampaknya. Sebenarnya aku tidak mahu menyatakan apa yang terpendam di sanubariku. Bangsa Perancis pun ramai yang pemalas, lebih kerap berpiket dan bermogok dari bekerja. Bangsa Perancis nampak kesilapan dan kesusahan orang lain tetapi buta pada pekung sendiri. Bangsa Perancis hanya pentingkan diri sendiri. Itu sebenarnya yang ingin aku luahkan. Tapi aku tak mampu. Lidah merasa begitu berat. Tambahan tak semua orang Perancis sebegitu sifatnya.

“Bangsa Perancis berpegang pada prinsip kebebasan, sama ada dari segi pemikiran dan tindak tanduk mereka. Akhbar-akhbar juga lantang mengkritik kerajaan tanpa sekatan.” Itulah kompromi yang dapat aku suarakan sebagai jawapan pada jiranku. Aku menoleh padanya sebaik tamat berbicara. Jiranku mengangguk - angguk. Mungkin dia berpuashati.

“Kebebasan adalah tradisi kami sejak berzaman,” ungkapnya bangga. “Tidak begitu keadaannya di negara anda?” tanya Daniel cuba menjeratku lagi.

“Sudah tentu. Negara kami juga adalah negara demokrasi. Kebebasan wujud di negara kami. Cuma kami mungkin tidak mengambil tafsiran kebebasan bulat-bulat dari anda,” Daniel diam mendengar jawapanku. Mungkin aku tidak memberikan ruang untuknya memerangkap lagi. Kami terdiam beberapa ketika dan aku pun cuba melelapkan mata.

Tuesday, November 10, 2009

Cebisan Memori (I)


Masa yang kunanti - nanti sekian lama pun tiba. Malam sebelumnya aku pastikan segala-galanya siap tersedia. Beg-beg pakaian, laci, dapur, ruang tamu, bilik mandi, meja ,kerusi dan segenap ruang. Pendek kata, segala-galanya. Aku melelapkan mata di ruang bilik yang siap dikemas, lapang. Aku terkebil-kebil sekian lama sebelum mampu melangkah ke alam mimpi. Dan esoknya, aku telah terjaga di awal pagi lagi.

“Billet, s’il vous plait,” satu suara kedengaran mengejutku. Controleur atau pemeriksa tiket yang berpakaian seragam (kot dan seluar serba biru) berdiri tercegat di sebelah tempat dudukku. Perjalanan keretapi laju yang serba senyap dan selesa berjaya menarik rasa kantukku. Aku mengeluarkan tiket dari beg sandang dan segera menghulurkannya kepada lelaki yang menunggu.

“Merci et bon voyage!” ucapnya mesra dalam Bahasa Perancis setelah memeriksa tiketku. TGV terus memecut laju mengikut laluan yang dijadualkan: La Rochelle - Paris. Pun begitu hatiku tetap berdetik cemas. Tidak dapat menahan sabar lagi. Aku ingin cepat sampai. Telah terlalu lama aku berada di bumi Perancis. Telah terlalu kerap aku menutur bahasa Perancis, lebih kerap dari bahasa Inggeris maupun bahasa ibunda sendiri. Telah terlalu acap tekakku menelan masakan Perancis. Aku perlu segera pulang ke bumi Malaysia, menetap di negeri tanah tumpah darahku; makan masakan Melayu dan bertutur bahasa Melayu.

Pokok-pokok, rumah-rumah teres dan apartmen dan juga pelbagai jenis kenderaan kelihatan berlari laju ditinggalkan keretapi. Aku mengalihkan pandangan ke ruangan di dalam gerabak keretapi. Suara dua orang gadis di hadapanku kedengaran sedang rancak berbual. Aku langsung tidak faham apa yamg dituturkan, tapi aku dapat mengagak mereka bertutur bahasa Jerman. Setelah agak lama menetap di Perancis, aku dapat membezakan sedikit lenggok bahasa Sepanyol, Jerman ataupun Itali. Di sebelah kananku pula, dua orang gadis cuba berbual dalam bahasa Perancis yang kurang baik (mungkin pelancong dari Amerika Syarikat mendengarkan slanga pertuturan mereka).

Aku cuba membaca untuk mematikan kebosanan. Kuselak sahaja helai demi helai majalah dunia perfileman, ‘Premiere’. Hati dan fikiranku sudah tidak lagi di sini, di bumi Perancis ini. Ingatanku semakin menebal pada ibu, ayah, abang dan adik di tanahair sana. Juga si dia. Dan Rizal juga, rakan karibku dan entah beberapa orang lagi sahabat dan saudara mara yang sering tak luput dari ruang ingatan.

“Baliklah secepat mungkin,” ucap Rizal sewaktu aku menelefonnya tahun lepas, memberitahu hasrat untuk pulang. “Tempatmu di sini,” tambah Rizal lagi. Namun hasrat untuk pulang segera kutangguhkan apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran untuk tempoh setahun lagi. Peluang sebegitu hanya hadir sekali seumur hidup dan aku tak mampu menolaknya

“Kata abang nak balik secepat mungkin,” begitu antara isi surat gadis idamanku yang kuterima tahun lepas. Seakan merajuk bunyinya. Ah! Perempuan memang begitu. Tahulah aku memujuknya setibanya aku di tanahair nanti. Tahun ini agak kurang warkahnya mengunjungiku. Mungkin dia sibuk dengan tugasannya.

“Paris! Paris! Nous arrivons a Paris…. ” Pengumuman dari pembesar suara kembali menarikku ke alam nyata. Keretapi telah pun tiba di bandaraya Paris. Aku mengangkat beg-beg kepunyaanku lalu turun ke stesen. Kesibukan kota besar segera menguasai suasana.

Saturday, October 31, 2009

Aller-Retour (Angouleme-La Rochelle)


Seiring perjalanan
ada jalur-jalur kuning
ada cebis-cebis cahaya
dari sinar mentari

Seiring perjalanan
ada ladang-ladang
ada binatang ternakan
berselang kawasan kediaman

Seiring perjalanan
ada bunyi-bunyian
dari lingkaran rel
berbaur suara perbualan

Seiring perjalanan
ada kerlipan lampu
ada lambaian dan senyum
dari yang menanti
dan yang dinanti

Seiring perjalanan
ada ingatan kukuh tersimpan
ada kenangan datang meneman
ada harapan
pada tujuan

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidil Fitri


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengaja
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena..
Bersempena Aidil Fitri yang bakal menjelma
Sepuluh jari ku hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan
Salam Aidil Fitri
Maaf zahir & Batin

Monday, August 24, 2009

Letter from IRB

Setelah agak lama menunggu, dapat jugak surat dari LHDN; memberitahu cukai yang terlebih bayar akan dipulangkan kepada yang empunya diri.. dapat la duit raya sikit :)

Sunday, August 23, 2009

Bubur Lambuk Kinrara

Bubur lambuk is a special kind of Malay porridge prepared especially for iftar (the break of fast) during the fasting month of Ramadan. In Malaysia we have various versions of bubur lambuk which tastes differently from one another. Of course the most famous one is from Kampung Baru.


This one is prepared by Surau Taman Kinrara...the one that I like..It is light but filling and also very tasty :)

Friday, August 07, 2009

Bon Weekend!

Hari Jumaat...tentu ramai yang dah tak sabar nak balik rumah :)
Biasala, kepada yang kerja Isnin-Jumaat, esok & lusa adalah hari cuti/rehat.
Dah petang2 camni, kalau duduk kat ofis...macam biasala..waktu yang sesuai untuk menghabiskan masa dgn aktiviti2 meringankan kepala : update Facebook, blog, surf internet, borak2 etc..

Kepada sesiapa yang meronda2 dan terjebak masuk ke blog ini, saya ucapkan selamat berhujung minggu. Bak kata org Perancis..Bon Weekend!

Monday, July 20, 2009

Memoir Of A Lost Pilgrim (Part I)


There is a beginning of all, even the smallest that for most seems unimportant. And of course there is a beginning for my story. It started many years ago when I was just a happy living-his-life teenager back in my hometown. As usual my days were filled with school works but at the same time my teenage instinct being a daredevil was also my preoccupation. Nothing could replace the satisfaction of booby-trapping a master or doing the most filthy pranks on the others.

Yes that was life! But the life I knew was quickly erased in front of me the moment I journeyed into the new world; no turning back... I wish I could. All the good times that I once knew are just memories now. Each day that I slowly pass in the new world doesn't mean a thing for me. The days are plain, the agony deep inside strangles and I am a prisoner of my own wise decision.

I regret having my own liberty prematurely. It's just not right. I still need time to spend my teenhood alongside my buddies. Where was my head the day I made the decision? I thought being free, far from my folks and having no one to babysit me was fun. Yeah, it was, but for a short period of time only. Then I start to realize what I've missed. I've overran my own youth. If I could just go back to the day that I took my exams.. I'd try not to pass with flying colours..just an ordinary score..just credits in everything..

Monday, July 06, 2009

Office Move (II)

Office move for AT&T employees (from Wisma Shell to Emerio building) was completed on 28th of July...


..everything is new...new building, new working space, new pantry, new locker..new..new..


.. but I still miss the old place.. hu hu..

Budak bando masuk kampung...


ni muka org kota baru lepas keluar dari kebun kat kampung... penuh berbintat muka & badan, lebam sana sini kena gigit nyamuk..he he.. padan muka, sapa suruh ikut balik kampung :)

Monday, June 22, 2009

Office Move (I)


Last Saturday we had a first batch of AT&T staff that were moving from Wisma 1 Shell IT International (SITI) building to a new building rented by AT&T.

The rest of us who are still working at Wisma 1 Shell building will be moving on Saturday 27th of June. That's it! We will be completely AT&T staff working from AT&T premises. Access to Wisma 1 Shell will be denied starting 1st of July. Access cards, Metro parking card, locker key and other related stuff that belong to Shell will have to be returned by 30th of June... wonder how's the working environment will be in the new office...

Sunday, June 14, 2009

Ole - Ole dari Cameron Highland

12,13 & 14 june saya bersiar2 ke Cameron Highland... Takde nak citer apa-apa pun. Ada la snap pix sikit :)







Macam biasa la, bila dah sampai sini, balik kena bawa sayur-sayuran dan bunga-bungaan .. and not forgetting the strawberry oso.. :)

Saturday, May 23, 2009

Update...

Apa nak buat kalau dah bosan buat kerja kat ofis..? Update blog le..:) ni pun tak tau apa nak update, so letak gambar ni je la..

Friday, May 22, 2009

Jalan-Jalan Cari Makan

Memang dah dasar Jawa Ranger, kalau cari tempat makan, mesti nakkan makanan ala2 jawa jugak :).. Petang Jumaat, selesai solat Jumaat, saya pun memandu tanpa tujuan. Hm.. sebenarnya ada tujuan, iaitu nak mengisi perut yang dah hampir nak berkeroncong. Tapi tak tau nak makan apa dan di mana. Maka saya pun menyesatkan diri di Bandar Puteri, Puchong. Dan akhirnya kaki saya telah pun melangkah ke satu sudut restoran tanpa disedari (ni pun tipu je.. 100% sedar sebenarnya :) .. saja nak bagi ayat menarik sikit).

Nampak tak plak "Jalan-Jalan Cari Makan" yang digantung kat dinding tu? Pekerja restoran ni kata 7hb Jun nanti rancangan JJCM akan buat citer pasal restoran ni. Fuh hebat jugak tu. Dia pun terus recommend menu utk diorder tanpa saya tanya dia apa2 pun. Dan saya pun terus setuju dengan recommendation dia tanpa fikir apa2 pun dan terus order :)

Ni dia order yang mula2 sampai.. "Es Merah Delima" dan air suam.. tak ada kesilapan typo di sini. Memang ejaan kat menu macam tu. Lepas tu sempat belek2 jam dan amik gambo lagi :)

And then, menu utama pun sampai.. Nasi Ayam Panggang. Tanpa menunggu jarum saat mencecah angka 12, si penulis blog ni pun menyerang set ayam panggang dan nasi yang dihidangkan. Lapar la katakan...Opps.. lupa pulak beta nak amik gambar menu utama tadi..Isk isk memang sah kebulor.

Tu dia posing ayam panggang yang dah hampir langsai, yang lain semuanya selamat masuk dalam perut. Kalau nak cuba makanan kat sini, restoran ni ada kat No. 60, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, Puchong. Memang sodap makanan dia. Waktu operasi 11pagi-11malam. Nama tokey restoran ni Fungsiwaty.. memang betul2 berfungsi dia ni :) No. telefon tokey saya tak boleh bagi takut korang sumer ngorat dia nanti kah kah kah!

Tu dia nama restoran dah terpampang.. Restoran Anggrek kuning.. Ada bunyi jawa tak? he he..

Lepas makan balik rumah pekena ais krim perisa vanilla pulak. Hm... sedap :)) Ais krim ni boleh cari kat kedai HPA.

Friday, November 28, 2008

Nak Tengok Jadual Kerja Saya?

1 Dis - Shift malam
2 Dis - Shift malam
3 Dis - Off
4 Dis - Off
5 Dis - Off
6 Dis - Off
7 Dis - Shift pagi
8 Dis - Off
9 Dis - Off
10 Dis - Shift petang
11 Dis - Shift malam
12 Dis - Shift malam
13 Dis - Off
14 Dis - Off
15 Dis - Off
16 Dis - Off
17 Dis - Shift pagi
18 Dis - Shift pagi
19 Dis - Shift petang
20 Dis - Off
21 Dis - Shift malam
22 Dis - Shift malam
23 Dis - Off
24 Dis - Off
25 Dis - Off
26 Dis - Off
27 Dis - Off
28 Dis - Off
29 Dis - Shift petang
30 Dis - Shift petang
31 Dis - Shift malam

Kalau nak tau, inilah jadual kerja saya untuk bulan Disember 2008. Saya hanya akan bekerja 14 hari. Baki 17 hari saya akan bercuti aka lepak2, surf internet, facebooking etc. Yahuu!!! Best nyer :)

Thursday, October 30, 2008

Dunia ini hanyalah permainan ...

Tak tau apa nak update kali ni.
Klip video ni saja yang ada untuk tatapan anda semua.
Yang galak menyanyi lagu 'Wonder Pet' tu si abang, Muhammad Haziq.
Yang buat aksi guling-guling tu si adik, Muhammad Hazim.
Cheers!

Friday, September 05, 2008

Miss Terawih Lagi...

Alhamdulillah, petang Jumaat ni belum ujan lagi (tapi mungkin akan ujan gak sebab langit dah mendung). Hari ni masuk ofis kul 3 petang lagi. Balik dah tengah malam, akan miss terawih utk kali kedua berturut2. Takpe la, saya terawih kat masjidil haram je (TV9, 1.00 pagi). Harapnya Sabtu ngan Ahad ni tak disebukkan dengan urusan duniawi...

Thursday, September 04, 2008

Hujan Ramadan


Seingat saya semenjak 1 Ramadan, kawasan kediaman saya (sekitar Puchong ke Cyberjaya) mula dirahmati hujan. Tak tentu masa, kadang-kadang pagi, petang, tengah malam pun ada. Macam sekarang ni, waktu saya tulis entri ni, masih hujan jugak. Tak ingat pulak bila mulanya, pukul sebelas ke, dua belas ke... bukak mata dah ujan. Saya tido tak lama, kurang lebih tak sampai 1 jam 60 minit kot :)

Rasa tak rajin pulak nak ke ofis bila tengok cuaca mendung kat luar. Dah le keje shift petang, kena bukak pose kat ofis je. Kat Cyberjaya mana ada gerai orang menjual lauk pauk buka, kedai mamak ada le. Tapi mengenangkan kelmarin dah amik cuti, semalam pulak amik MC, takkan nak sambung Emergency Leave pulak ari ni :)

Maka terpaksalah saya hentikan penulisan entri ni sebab sekarang dah melewati jam 2 petang. Kul 3 start keje....

Wednesday, August 13, 2008

Pemasar Kopi 'Radix' Pemenang Anugerah Perdana Menteri

Petikan laporan Bernama mengenai Anugerah Perdana Menteri MAHA 2008:

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Syarikat pemasar kopi 'Radix', HPA Industries Sdn Bhd hari ini dianugerahkan Anugerah Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2008.

HPA Industries, yang beroperasi di Arau, Perlis menjalankan pemasaran produk makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian, selain mengusahakan tanaman pegaga, roselle dan mangga.

Dengan nilai jualan RM63 juta pada tahun lepas, HPA Industries berjaya menarik 400,000 keanggotaan dan 21,000 usahawan melalui pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan mempunyai 63 rangkaian pemasaran di seluruh negara dan lima di luar negara.

Selain dianugerahkan pemenang kategori yang baru diperkenalkan tahun ini itu, HPA Industries turut memenangi kategori Anugerah Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008 yang menjadikan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, selain sijil dan trofi, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang, dekat sini hari ini.

Pengarah Urusan HPA Industries Ismail Ahmad berkata pengiktirafan tinggi daripada kerajaan itu akan dijadikan sumber motivasi dalam mengembangkan perniagaannya, terutama bagi meluaskan pasaran eksport.

"Buat masa ini, kami masih terpaksa import roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi kami akan cuba untuk mempunyai ladang roselle dan pegaga yang lebih luas untuk kurangkan kebergantungan ini," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.

Mensasarkan keuntungan bernilai RM100,000 tahun ini, Ismail berkata kejayaan perniagaannya itu menunjukkan bahawa bidang pertanian dan industri asas tani sememangnya membawa keuntungan yang besar jika ia diusahakan dengan betul.