aku seperti kembali nampak engkau berlari aku seperti kembali lihat engkau tersenyum dan ketawa gigi yang putih berbaris teratur hati yang bersih memancar di wajah yang luhur
kita pernah bersama berlari di padang berjalur engkau mendahului sedang kami membontoti
kita pernah bersama makan dari satu kawah dan kuali engkau membesar tinggi sedang kami sekadar begini
kita pernah bersama meniti remaja di koridor hidup yang sempit mengulit mimpi dalam dormitori yang padat mencari dan mengenal diri di atas bumi tanjung yang sarat dengan memori
kawanku aku masih nampak kau berlari berlari meninggalkan kami dan seperti biasa kau masih mendahului kami berlari ke pangkuan Ilahi
*ALLAH selamat sejahterakanlah Ruh Allahyarham Zulkifli Bin Ismail (duduk di tengah), amiin! Puisi tulisan Iskay IK.
PERGI tak kembali... meratapi pemergian arwah Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang telah meninggalkan kita untuk selamanya. Suatu kehilangan yang besar buat kita semua dan pastinya yang amat meratapinya adalah isteri arwah, Haliza Shahadan, yang paling rapat dengannya.
Haliza yang ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, menceritakan detik-detiknya bersama suami tercinta pada pagi sebelum arwah meninggal.
"Saya mulanya tak percaya... Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening.
"Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau... Lepas tu dia ada muntah-muntah.
"Saya suruh dia berehat dulu... Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.
"Bila dia dah keluar, dia sampai kat stesen minyak Mobil, dia telefon saya dia kata: "Ummi, tolong hantar Abi kat pejabat lah, Abi tak larat."
"Saya kata saya tak kisah, jadi saya pun memandu sampai ke Mobil tu, lepas itu bawa kereta dia dan hantar dia sampai ke pejabatnya di Bukit Sentosa. Lepas tu dia ada singgah di Shell, dia masuk bilik air, lama jugak dia kat dalam tu, jadi saya pun pergi ketuk tanya dia ok ke tidak?, dia kata dia ok.
"Bila dia keluar dari tandas tu, dia suruh Azadan ambil barang-barang dia masukkan dalam van. Masa tu jelah saya sempat tengok wajah dia dan tak ada apa-apa berlaku ketika itu," kata Haliza.
Namun, kesedihan Haliza tidak berakhir di situ sahaja, dia turut menceritakan kenangan manis antaranya dengan arwah pada malam sebelum arwah meninggal ketika mereka menghabiskan masa bersama berdua.
"Sebelum ni, dia selalu sibuk dan tak ada masa, tapi malam semalam dia 'call' saya dia kata" Abi dah on the way balik, kita makan kat luar jom?." Saya pun kata: "Ok lah, Ummi pun lapar..."
"Masa tu dia kata: "Mintak apa saja". Jadi kami pun makan di kedai, lepas balik makan malam tu, kami 'spend time' tengok tv bersama... Malam tu 'nice' sangat," kata Haliza dalam keadaan senyum namun masih ada kesedihan diraut wajahnya.
Meskipun mempunyai waktu untuk bersama suami yang dicintainya, namun Haliza menyatakan dia masih rasa terkilan kerana tidak dapat memeluk suaminya itu dengan erat seperti biasa yang dilakukannya.
Klip video "Pergi Tak Kembali" buah tangan Allahyarham bersama Rabbani :
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."...asrirabbani.blogspot.com
JAKARTA: Renowned Indonesian poet W.S. Rendra, who also has many fans in Malaysia, died at a hospital here Thursday night after undergoing treatment for a month for coronary heart disease.
Indonesian media reported that Rendra, 74, also known as “Si Burung Merak,” died at 10.15pm. He leaves behind 11 children from three wives, two of whom he had divorced.
Born Willibrodus Surendra Broto Renda, he changed his name to Wahyu Sulaiman Rendra after embracing Islam in August, 1970, when he married his second wife, Sitoresmi Prabuningrat.
Besides his poems, Rendra is also well-known for his role in the religion-themed film, Al Kautsar, in the 1980s.
He will be buried at Bengkel Teater, Citayam, Depok, near here not far from the grave of his friend, Mbah Surip, the popular reggae singer who died last Tuesday.
Rendra had received several literary awards, among them the Penghargaan Adam Malik in 1989, SEA Write Award in 1996 and Penghargaan Achmad Bakri in 2006. -- Bernama
Berkesempatan membaca sebuah cerpen tulisan Anwar Ridhwan pada 13 April 2008. Kisahnya berkisar seorang ibu yang menghadapi kematian dua orang anaknya pada hari yang sama.
Anak lelakinya didapati bersalah mengedar dadah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Anak perempuannya meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Apa yang lebih menyedihkan (memeranjatkan mungkin) si ibu ialah apabila mengetahui anak perempuannya telah menukar agama tanpa pengetahuannya :
"Ibu menerpa memeluk mayat anak perempuannya. Dia menangis teresak-esak. Kadang-kadang agak meraung. Darah beku telah menutup luka di dahi anak perempuannya.Dia ingin memeluk mayat itu puas-puas. Kalau boleh membelainya. Membelai manja seperti selalu dilakukannya, terutama pada bulan-bulan awal ditinggalkan suami.
Mengusap-usap tubuh kecilnya yang baru pandai berjalan. Ketika itulah tangan Ibu terpegang sesuatu di balik tudung anak perempuannya. Tudung biru muda itu diselaknya. Dan Ibu terpandang lambang itu."ASP!" Ibu memanggil. Tangisnya berhenti tiba-tiba. Ditunjukkan loket salib itu.ASP Shukran tergamam.
Ibu terpandang beg tangan anak perempuannya, yang terletak di hujung kakinya yang pucat. Beg mahal warna kuning keemasan itu dibuka Ibu.Ibu menyeluk perut beg, mengeluarkan dompet kecil wadah anaknya menyimpan kad pengenalan, lesen memandu, dan kad ATM.Ibu temui sekeping kad putih. Anak perempuannya telah menjadi ahli sebuah gereja di Petaling Jaya, sejak sepuluh bulan yang lalu.
"Lepas asar, Ibu ikut ke tanah perkuburan melihat anak lelakinya dikebumikan. Mungkin ada larangan bagi seorang perempuan ke tanah perkuburan, tetapi Ibu melanggarnya.Ibu ingin melihat mayat anak lelakinya yang telah bertaubat, yang telah mengucap dua kalimah syahadat sebelum digantung sampai mati, dimasukkan ke liang lahad.Ibu lebih memilih pengebumian ini - anak lelakinya banduan yang mati di tali gantung - daripada pengebumian anak perempuannya yang terpelajar dan selama ini tampak taat setia tak berdosa - yang mati murtad.