Showing posts with label Nonsense. Show all posts
Showing posts with label Nonsense. Show all posts

Monday, March 29, 2010

Question D'Equilibre


"Man needs a woman...its a question of stability!"

Saturday, March 13, 2010

Sex Joke



There are only two 'four letter words' that are offensive to men - 'don't' and 'stop', unless they are used together.

Friday, March 05, 2010

Cap Ayam


Apakah persamaan dua logo di atas? Kedua-duanya diwujudkan pada tahun 1892. Ayam Brand = Liverpool = Sardine = Lauk... yum... yum..ish ish.. ada yang marah ni kang..

Saturday, January 30, 2010

Bagaimana Merlimau Mendapat Nama

Alkisahnya, setelah berjaya mengasaskan penempatan baru iaitu Chile, Parameswara dan sekalian hulubalangnya pun kembalilah ke Melaka. Memandangkan pilihanraya sudah hampir tiba, Parameswara amat berhasrat untuk melawat sekitar negeri Melaka untuk beramah mesra dengan sekalian hamba rakyat jelata di samping memancing undi.

Maka, bersama Bendahara dan beberapa orang pendekar dari Bukit Si Guntang, keluarlah baginda untuk melawat tanah jajahannya. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka ke rumah tabib M. Yasin untuk mengajak beliau mengikuti rombongan Parameswara. Manalah tahu kalau ada rakyat jelata yang sakit boleh diubati. Ini sudah tentu akan menambah undi untuk Parameswara agar terus kekal sebagai Raja Melaka.

Dari hilir sungai, berakit-rakitlah mereka ke hulu. Di suatu kawasan di pertengahan jalan, mereka tercium bau yang amat wangi.

"Dari mana bau wangi ini? Macam bau beribu-ribu lemon, wahai Memanda Bendahara?"
"Nanti patik check dulu, Tuanku," jawab Bendahara.

Dengan bantuan anjing perburuan, maka berjumpalah Bendahara akan sepohon pokok yang daunnya rimbun dan lebat buahnya serta bunganya.

"Pokok spesis apa ni, Bendahara?"
"Patik tak tahu, Tuanku. Patik tak belajar subjek biologi masa kat sekolah dulu, ampun tuanku," jawab Bendahara.
"Apa pendapat kamu , wahai tabib M Yasin?"
"Pada firasat dan ilham yang ada dalam diri patik ini, patik rasa ni pokok Limau Antu atau nama saintifiknya Atalantia Spinosa, ampun Tuanku."
"Nama tu panjang sangat. Nanti tak glamour. Tak ada nama lain ke, tabib M. Yasin?"
"Ada Tuanku. Orang kampung patik panggil pokok itu pokok Merlimau."
"Canteeek! Baiklah, Beta isytiharkan tempat ni sebagai Merlimau. Bendahara, sila catat nama kawasan ini dalam peta Melaka. Pastikan juga ia ada kawasan DUN sendiri ye."
"Cehhh..." Gumam Bendahara dalam hati.

Begitulah seterusnya dengan mudah Parameswara memberi nama tempat-tempat di Melaka. Setiap kali singgah di bawah pokok untuk berehat, di situlah juga dia menamakan nama tempat tersebut, termasuklah Bertam Ulu, Durian Tunggal, Ayer Keroh dan Bukit Cina. Setelah Parameswara mangkat, Bendahara pula menggantikannya dan menamakan sesuatu tempat mengikut tempat berehat. Sebahagian tempat itu terletak di Perak seperti Parit, Tanjung Rambutan, Lumut dan Batu Gajah.

Pokok limau Merlimau

Thursday, December 10, 2009

Epilogue of a Dying Planet

'statbrain.com' estimated that there were less than 10 visits per day on my blog.
Glad to know that...

To those unlucky 10 visitors who might have landed accidentally on this space, I sincerely apologize. This is just another 'waste of your time' thing that I'm doing..nothing new, just a copy & paste thing from here & there..written by the confused mind..no attraction, no Star as a guidance.

No worries, this blog might auto destruct some day.

Have a wonderful cyberspace journey for the 10,000 registered blogs at 'BlogMalaysia.com' and everybody else..

Sunday, December 06, 2009

Singapore Expat

You know you are a Singapore Expat when:

You forget what chewing gum tastes like.
You wear winter clothes indoors and summer clothes outdoors.
You think a bus is incomplete without a TV.
You say handphone, not cellphone.
You order warm water because too much ice water is bad for you.
No matter what you're doing at the moment, you'd rather be shopping
You are certain that Holland Village has very few Dutch people and is a place for hippie bohemian artist types and overpaid yuppies.
Your idea of a good night out consists of having dinner at a hawker centre and then eating again.
Durian and belachan no longer stink.
You justify every argument with the phrase "in order for us to be competitive in the 21st century".
Most of these acronyms make sense to you: NUS, NTU, ERP, SDU, PAP, MRT LKY, GCT, PRC, TIBS, SBS, SMS, JB, JBJ, AMK, AYE, PIE, ECP, ISD, ISA, CPF, CHIJMES, SPG, CWO.
You get annoyed if you don't see a sign telling you how long your wait's going to be for a bus, a train, or the expressway.
You think everything should be 'topped up'.
You think there is nothing wrong with putting chilli sauce on everything you eat.
You think US$1 million is reasonable for a smallish condo, but S$5 for a plate of fried noodles is a rip off.

Monday, November 30, 2009

New Job Posting

Saw this new job ad quite some time ago... :)

POSITION AVAILABLE : WIZARD

Qualifications

-Minimum Diploma/Degree qualification with or without relevant work experience.
-Strong advantage for those with previous Customer Service, Call Center or Hospitality/Tourism experience.
-Excellent spoken and written English. Hey, if you speak ten different languages, we'll hire you without an interview!
-Some flexibility in working staggered hours is mandatory (please try not to apply if you are not 100% sure if you'd like working non-conventional hours. Hours can start as early as 7.30am or as late as 10am).
-We also require flexibility in working during Malaysian Public Holidays, but hey, you'll get more pay! Availability to join by early December is required as well.


*Please note that we will turn you into a frog if you agree to an interview and decide not to show up without informing us.

Thursday, September 25, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya!

Hero penyelamat sedunia, Batman bin Suparman telah mengirimkan ucapan Selamat Hari Raya buat pembaca setia blog ini dengan beberapa rangkap pantun Jawa :)

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

terjemahan:
budak kecil makan nasi
nasi dimakan bersama gula
sudah lama tak cakap jawa
di hari raya ampun dipinta

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng neng taun ngarep

terjemahan:
rebus ketupat di bawah tangga
daun nipah dibuat atap
salah silapku minta diampunkan
jumpa lagi di tahun hadapan


"Sir lump mad hurry rare year ideal fit tree moo lee year..."
Batman bin Suparman

Thursday, August 07, 2008

Apa Erti Di Sebalik Alamat E-Mel

Untuk bacaan santai saja.
Jangan ambil serius sangat... :)

1. GUNAKAN NAMA PENUH
Sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amirah_alias@ yahoo.com' iaitu menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

2. NAMA DEPAN & TENGAH
Contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@ yahoo.com' iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

3. NAMA & TAHUN
contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2001@ hotmail.com'. Wah! Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana dgn tahun 2002? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nickname itu?

4. NAMA SAMARAN
contoh: 'cute_lady@tokeykedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dengan gaya tersendiri.

5. NOMBOR & ABJAD
Contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirinya kepada seseorang. Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak.... kirim salam saja lah.!

Thursday, June 26, 2008

For A Better Coverge On Your Handphone

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 014, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.
Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda..
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian:

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut..

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa sama ada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jangan marah kalau dah terkena......

Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yang fikir benda ni betul-betul ....tapi cobaan.....

Saturday, June 21, 2008

Tip Kesihatan & Penjimatan


Kalau betul seperti apa yang dilaporkan akhbar di atas, marilah kita sama-sama mempraktikkannya : korek hidung sebagai aktiviti masa lapang!

Di samping dapat menjaga kesihatan, korek hidung semasa anda berada di dalam kenderaan juga ada beberapa manfaat ekstra :

-dapat mengurangkan stress akibat terperangkap dalam kesesakan

-aktiviti pilihan untuk anda yang gatal kaki suka tekan pedal minyak atau brek sewaktu kesesakan, atau ketika menunggu lampu isyarat. Secara tak langsung juga dapat menjimatkan minyak!