Saturday, December 05, 2009

Tunggu Teduh Dulu


"Kata Salsabila Fahim, ini cerita kecil, cerita sederhana, tentang dia lari berteduh di bangsal di puncak bukit bersama Kamil dan Lam Ping Hai ketika hujan mula gerimis.

Kata aku, ini perkara besar, hal berteduh sementara duga datang mencuba bukan hal main-main.

Kata Teh Sofia, ya,
Kerja Tuhan siapa tahu ?

Kata aku, Tuhan akan menunjukkan kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu
mencari, Dia menunjukkan."

==============================================================

Ini nyanyi rindu ...kerja Tuhan siapa yang tahu....

"Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah."

"Saya Salsabila Fahim telah banyak menderita. Tetapi jangan salah faham kerana saya tidak pernah menyalahkan. Tuhan telah memberi jalur dan warna tertentu untuk kita...Namun, biar saya mengingatkan, cerita ini bukan cerita cinta tiga segi. Ia cerita tentang pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap..."

Apa kata kau ?


1 comment:

Anonymous said...

how i wish i could run to you..