Aku menatap
potret seorang lelaki
yang setia pada kata
setia pada janjinya
dia pejuang
demi kebebasan
maruah bangsa tercinta
sepanjang usia
aku terkesan
lelaki di penghujung kembara
yang tidak sedia
berputus asa
dia pahlawan
sanggup lakukan apa sahaja
mempertahan watan
dia pemikir
yang menolak senjata
untuk ke meja diplomasi bicara
hatiku terusik
oleh pengorbanannya
menghabiskan sebahagian besar usia
hanya pada satu cita
yang belum mampu dimahkotakannya
di puncak jaya
Hakcipta Rohaizan Khamis.