Sahabat
rawatkan jiwaku yang luka
dengan nyanyi puisimu
yang syahdu
lukaku mungkin takkan
sembuh
puisimu bisa mengenalkan kita
pada diri dan alam
juga Pencipta
dendangkan sahabat
lagu damaimu
kerana di sudut sana
gendang perang telah bergema
kita sama-sama
senandungkan keharmonian
tiada lagi anak kecil ditembak di dada
tiada lagi anggota tubuh bercerai
hancur berselerakan
atau kulit yang melekat di dinding
bahana ibu segala bom
bukankah kita khalifah
dengan pelbagai kepandaian
menyelesai kekusutan
rawatkan jiwaku yang luka
dengan nyanyi puisimu
yang syahdu
lukaku mungkin takkan
sembuh
puisimu bisa mengenalkan kita
pada diri dan alam
juga Pencipta
dendangkan sahabat
lagu damaimu
kerana di sudut sana
gendang perang telah bergema
kita sama-sama
senandungkan keharmonian
tiada lagi anak kecil ditembak di dada
tiada lagi anggota tubuh bercerai
hancur berselerakan
atau kulit yang melekat di dinding
bahana ibu segala bom
bukankah kita khalifah
dengan pelbagai kepandaian
menyelesai kekusutan
2 comments:
salam..say peace no war!
salam..peace..:)
Post a Comment