Saturday, May 10, 2008

Kisah Romantik dan Pak Pandir

Romantik
=======

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami.
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Pak Pandir
========

Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong kecil semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macam mana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yang masih panas.
Tapi dia masih 'confuse' sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat itu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandirtengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak tahi itu, lalu dia berkata, "lembik...macam taik."
Lepas tu dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tersebut, lepas tu dia berkata, "Bau macam taik."
Oleh kerana pak pandir masih ragu-ragu dengan tahi itu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG SOHIH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

No comments: