
Bagaimana pula kisah orang yang berterusan mempunyai hubungan yang tidak baik, dan terus mengadu yang mereka sentiasa tertarik kepada situasi yang sama? Welcome to the Law of Attraction.
Hukum Tarikan didefinisikan sebagai "Saya menarik ke dalam hidup saya apa sahaja perkara yang saya berikan sepenuh perhatian, tenaga dan fokus, sama ada positif ataupun negatif."
Jika anda pernah menggunakan kata-kata ataupun ungkapan berikut, anda sebenarnya merujuk kepada Hukum Tarikan: tanpa diduga, nasib baik, takdir, tanpa disangka, sudah ditakdirkan, kebetulan, sejak azali, etc..
Ramai pengarang menulis mengenai Hukum Tarikan sejak awal 1900. Antaranya Dr Raymond Holliwell dalam "11 Truth Principles for Successful Living" menulis :
"Jangan sesekali fikirkan perkara yang anda tidak inginkan dan jangan sesekali menginginkan perkara yang anda tidak fikirkan. Apabila anda memikirkan sesuatu yang anda tidak ingini, anda menarik perkara itu... Sebaliknya apabila anda memikirkan apa yang anda inginkan secara berterusan, maka kemampuan anda menarik sesuatu yang diingini menjadi semakin kuat. Minda adalah magnet yang menarik apa sahaja yang selaras dengan konsepnya."
Mungkin inilah antara rahsia kekuatan minda jutawan yang berjaya membawa mereka mencapai apa jua yang mereka inginkan. Mereka sentiasa memikir dan menarik perkara-perkara positif ke dalam hidup mereka. Anda pula bagaimana? Masih memikirkan sesuatu yang negatif?
No comments:
Post a Comment