Friday, November 14, 2008

Pengurusan Kewangan Peribadi Dalam "The Pursuit Of Happyness"

Salah satu filem motivasi yang elok ditonton adalah "The Pursuit Of Happyness". Filem ini mengambil latar kota San Francisco pada tahun 1981. Watak si ayah iaitu Chris Gardner dilakonkan oleh Will Smith. Ditontonkan sepanjang filem ini bagaimana sang ayah yang berjuang untuk kebahagiaan hidup dia dan anaknya.

Walaupun mengalami kesukaran menjual 'bone-density scanners', Chris tetap tidak berputus asa. Namun satu demi satu ujian mendatang dalam hidupnya. Kekasihnya, Linda bertindak meninggalkan Chris dan anak tunggal mereka dek tak tahan tekanan kesusahan hidup di kota. Kemudian Chris pula diusir dari apartmen karena bayaran sewa yang tertunggak. Tanpa tempat tinggal, dia dan anaknya harus hidup berpindah-randah dan tidur di merata tempat di sekitar bandar kediaman mereka (stesen subway, tandas awam, tempat tumpangan gereja etc.)

Di penghujung filem, diceritakan yang Chris akhirnya berjaya menjadi jutawan dan menggenggam kebahagian hidup bersama anak lelakinya Christopher.

Dari sudut pengurusan kewangan peribadi, ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari filem ini. Antaranya :

1. Jangan laburkan semua wang anda dalam satu pelaburan sahaja. Chris Gardner melaburkan semua wang simpanannya pada perniagaan 'bone-density scanners'. Akhirnya dia mengalami masalah disebabkan produk tersebut begitu sukar untuk dijual.

2. Jangan putus asa dan sentiasa fokus pada matlamat hidup. Chris tidak pernah berputus asa. Dia mengambil keputusan apa yang dia ingin buat dan terus lakukannya.

3. Motivasi dan sikap. Chris punya motivasi yang tinggi. Dia tahu dia punya anak yang perlu diberi makan. Dia tahu dia tak boleh gagal dan dia sentiasa bersikap positif.

4. Berkorban untuk jangka masa terdekat demi kejayaan di masa hadapan. Dalam "The Pursuit of Happyness" ditunjukkan bahawa Chris telah berjaga sepanjang malam untuk membaiki mesin scanner tulang dan juga belajar. Dia sanggup korbankan masa tidur demi memastikan semua urusannya selesai. Begitu jugalah dalam kehidupan kita. Berbelanja kurang dari pendapatan, melangsaikan hutang, menabung, semua itu adalah pengorbanan jangka masa pendek demi kejayaan di masa hadapan.

5. Jangan sesekali fikir kita tak mampu lakukan sesuatu. Dalam salah satu scene filem ini, Chris memberitahu anaknya dia tak akan jadi pemain bola keranjang berjaya. Setelah berfikir sejenak, dia memandang pada anaknya dan berkata, "Jangan sesekali biarkan sesiapa memberitahu yang kau tak boleh lakukan sesuatu.."

Jika kita sudah tetapkan dalam minda kita tak boleh lakukan sesuatu, maka kebarangkalian untuk kita dapat melakukannya adalah rendah. Tapi jika kita percaya pada kebolehan kita, peluang untuk berjaya adalah tinggi.

“Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve.”
-W. Clement Stone

“You got a dream, you gotta protect it. People can’t do something themselves, they wanna tell you that you can’t do it. If you want somethin', go get it. Period.

No comments: