Monday, February 08, 2010

Keajaiban Azan



(sila lihat video Fenomena Azan utk penerangan lebih terperinci)

Azan bermula di timur Indonesia dengan bermulanya laungan azan Subuh di kepulauan Silibis pada jam 5 pagi.

Sebelum azan berakhir di Indonesia, azan telah bermula di Malaysia seterusnya diikuti oleh Myanmar dan China.

Dalam waktu 1 jam setelah azan bermula di Jakarta, azan telah bermula di Bangladesh dan berlarutan hingga ke barat India dan seterusnya ke Mumbai dan sampai ke Pakistan.

Sebelum azan berakhir di Pakistan, azan pula bermula di Afghanistan dan seterusnya.

Laungan azan yang telah bermula ditimur Indonesia pada waktu Subuh, sampai ke perairan lautan Atlantik selepas 9 jam, tetapi sejurus sebelum azan dikumandangkan di perairan lautan Atlantik, ianya telah bermula kembali di timur Indonesia menandakan masuk waktu Zuhur.

Sebaik azan Zohor tiba di Dhaka, azan Asar pula bermula di timur Indonesia, selang beberapa jam kemudian azan Maghrib pula bermula, sebelum azan Maghrib mula dikumandangkan di Sumatera, azan isya pula mula kedengaran ditimur Indonesia.

Maka, bila direnungkan kembali, berpuluh ribu muadzin di seluruh dunia saling bersahutan melaungkan azan. Insyaallah azan ini tidak akan hilang dan akan berterusan hingga ke akhir zaman.

No comments: