Friday, June 20, 2008

Samarkand

Samarkand is considered to be one of the ancient cities of the world. Its architectural heritage is protected by UNESCO. According to the latest research of the Uzbek and French archeologists, Samarkand was founded 2750 years ago, almost as long ago as Rome. Samarkand was known to the ancient Greeks as Marakanda.

The city flourished between the 14th and 15th centuries during the Amir Timur (Tamerlane) era. Amir Timur was a well-known commander and ruler, who proclaimed Samarkand the capital of his vast Empire. In 1370, the capital extended from India to Turkey. During the next 35 years he built a new city and populated it with artisans and craftsmen from all of the places he had conquered. Timur gained a reputation as a patron of the arts and Samarkand grew to become the centre of the region of Transoxiana.


Alexander the Great (329 BC), Genghis Khan (1220) and many other conquerors, destroyed Samarkand, which rose from the ashes each time like a Phoenix.
In present days, Samarkand remains the second city after Tashkent for business, culture and education in Uzbekistan. However, the city of Samarkand is unrivalled in the richness and diversity of its architectural and historical heritage in the whole of Central Asia.


Samarkand dianggap sebagai salah sebuah bandar tertua di dunia. Perkataan 'Kand' adalah berasal daripada perkataan Parsi yang bermaksud bandar. Adapun kalimah 'Samar' atau 'Asmara' mungkin membawa maksud batu. Samarkand pernah menjadi ibu negara Transoxiania selama lima kurun semenjak zaman pemerintahan kerajaan Samani sehinggalah ke zaman pemerintahan Timuri. Samarkand dikenali sebagai salah sebuah bandar yang terindah sehingga ia diumpamakan sebagai “Syurga Sejati”.


Kisah pengislaman negeri ini berlaku di zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Menariknya penaklukan Samarkand, ia tidak berlaku dengan pertumpahan darah sebaliknya dengan rasa kasih sayang.


Mulanya Samarkand dicerobohi oleh pasukan muslim pimpinan panglima Qutaibah di waktu malam ketika penduduk Samarkand tidak bersedia. Keadaan ini menyebabkan penduduk kota ini menyuarakan rasa tidak puas hati cara penyerbuan kota ini yang tidak mengikut sunnah Rasulullah. Kerana mengikut ajaran Islam, sebelum sesuatu tempat ditawan oleh tentera Islam, mereka akan membuat tawaran kepada penduduk tempat tersebut sama ada mahu menerima Islam atau tidak.


Maka seorang utusan dikirim oleh penduduk Samarkand untuk memberitahu perihal penyerbuan ini kepada Khalifah. Setelah diadili, penyerbuan ini tidak sah mengikut Islam. Sebagai hukuman, tentera Islam yang terlibat dengan penyerbuan ini kena memohon maaf kepada setiap penduduk kota tersebut. Keadaan ini memeranjatkan penduduk kota itu melihat betapa mulianya akhlak tentera Islam, kerana tentera Islam sebenarnya bukan seorang pembengis dan pemarah, tetapi seorang yang bersemangat tinggi lagi merendah diri.



Kemudian tentera Islam itu pun berundur dari kota tersebut. Beberapa waktu selepas itu, tentara Islam datang kembali untuk menawan Samarkand. Namun kali ini mereka membuat tawaran terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, penduduk Samarkand tidak menjawab tawaran yang diajukan. Maka, tentera Islam pun terus menggempur bumi Samarkand.




Kali ini tentera Islam pula yang terperanjat, kerana penduduk Samarkand menanti mereka bukan dengan senjata tetapi dengan hidangan dan makanan kerana mereka sebenarnya telah tertarik untuk menerima Islam setelah melihat keadilan Islam yang ada pada Khalifah ketika itu dan akhlak mulia tentera Islam.



Begitulah bila perjuangan murni yang disertai keagungan jiwa akan membuahkan hasil yang cemerlang. Ketaatan para tentera terhadap keputusan Khalifah dibalasi dengan penawan kali kedua yang mudah dengan penuh rasa kasih sayang.



Samarkand

(Bloodshed)

Di antara debu, angin bersama
Pasir-pasir bertaburan di sana
Bersemadi langkah perjuangan
Bersaksikan kebenaran

Samarkand, kau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria

Walau getir ditempoh jua
Di laluan sutera
Mengalir ketenangan

Titis darah, mensuci kekufuran
Mengerat rasa kasih padanya

Samarkand, kaulah pentas perjuangan
Indera alam, tertumpu padamu

Demikian kesetiaanmu
Perjuangan murni
Keagungan di jiwa

Samarkand (3X), Samarkand sebahagian dari kebangkitan


(gitar goreng)




Samarkand, engkau tak terasing
Tindasan berlaku
Jiwamu satria

Tak hiraukan kekejaman
Semakin tertekan
Iman makin terbukti

Samarkand (3X), Samarkand sebahagian dari kebangkitan (2x)



Click here to watch the video.

No comments: