Wednesday, June 18, 2008

Suami Natasha Hudson Raja AP Yang Baru?

Rocky Bru menulis dalam blognya yang suami Natasha Hudson (Shahrin Zahari) telah mendapat 1200 AP baru untuk kereta hybrid:

"You've probably heard of Shahrin Zahari as the husband of model-turned-actress Natasha Hudson... Shahrin has just secured a government approval for some 1,200 open approved permits (AP) for hybrid cars which will make him one very hot player in the auto industry."

Business Times also reported "PREMIER Hybrid Cars Sdn Bhd (PHC), which has won rights to import and distribute hybrid cars, has submitted a plan to the government for tax breaks, said its chairman Datuk Shahrin Zahari."

Satu lagi skim cepat kaya melalui AP?

Petikan artikel klpos.com tahun lepas :

MODEL TERKENAL Natasha Hudson telah mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad.



Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno, yang terkenal kerana sebahagian besar ahlinya mat rempit. Dapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.

Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair, bekas balak kepada penyanyi suam-suam kuku Krisya ini memang kaya raya dan berjiwa playboy.



Yang sebelah kanan Datuk Shahrin Bin Datuk Zahari itulah Natasha Hudson, pengacara, model terkenal yang menjanda selepas minta cerai dari suaminya, Faiz, awal tahun 2007.

Natasha sendiri khbarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini. Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri.

Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha telah berkahwin. Majlis resepsi mereka diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos 2007.

Selepas Pengerusi Biro Ugama Pemuda Umno dan Setiausaha politik Menteri Kewangan Al Ustaz Reezal Merican memilih artis dan janda penyanyi Yantzen, Sharifah Haslinda atau Lynn kini Shahrin mengikut jejak langkah beliau.

Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat menjalani kehidupan bersuami isteri. Pada Khairy, selamat menjadi ayah. Jangan main mata dengan Maya Karin lagi. Dan mudah-mudahan lepas ini Nori Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat adik baru :)

No comments: