Monday, June 30, 2008

Bonjour


Bonjour!
Begitulah ungkapan bahasa Perancis kita yang pertama.

"Bonjour" adalah ucapan salam, mungkin boleh kita samakan dengan Selamat Sejahtera.
Di kalangan sahabat handai, ungkapan yang kita sering dengar ialah "Salut" , atau "Hai" seperti yang biasa kita ungkapkan kepada rakan-rakan.

"Salut" juga boleh diucapkan sebelum meninggalkan rakan atau seseorang yang kita kenali. Oleh itu, "Salut" boleh membawa makna "Hai" atau "Bye" (bukan Hai Hai Bye Bye :))

Sebelum pergi jauh, elok juga jika kita tau ganti nama diri dalam bahasa Perancis.
"Je" atau "Moi" untuk saya, "Tu" atau "Toi" untuk kau, "il" untuk dia (gender lelaki), "elle" untuk dia (gender perempuan), "vous" untuk awak atau anda semua (ramai) dan "ils" atau "elles" untuk mereka (lelaki atau perempuan).
Opps! Ada satu cikgu tertinggal… "Nous" untuk kami. Saja cikgu buat-buat lupa, nak test ada yang tidur ke tak.

Soalan: Apakah ungkapan bahasa Perancis yang biasa kita dengar di Malaysia agaknya? Bagaimana dengan "Bon appetit" ? Mungkin ada di antara kita yang pernah terbaca atau terdengar di mana-mana ungkapan ini. Adalah satu kebiasaan bagi orang Perancis mengucapkan "Bon appetit" sebelum menjamah makanan. Memang tradisi mereka begitu, saling ucap mengucapkan sesuatu.

Ungkapan yang lebih mudah mungkin "Merci" atau Terima kasih . Sebelum tidur mereka boleh kata "Bonne nuit" (Selamat Malam). Untuk berangkat meninggalkan seseorang boleh diguna pakai "Salut" atau "Au revoir" (Selamat Tinggal). Untuk berhujung minggu diucapkan "Bon weekend" sesama sendiri. Atau kalau mahu berjalan jauh (melancong/melencong contohnya) mereka akan mengucapkan "Bon voyage".

Amacam? Dah mula pening-pening lalat ("mouche") dengan celoteh saya? Kalau nak senang, belajar BM saja. Tak payah nak ucap apa-apa. Engko nak makan, gi lah melantak. Nak tidur, pergile membuta. Nak keluar, pergi belahlah.

Merci et bonne journee!

1 comment:

cat said...

yang tak tau gender dia apa.. :) (antara il dan elle) nak panggil apa ye cikgu?