Tuesday, July 15, 2008

maznah

Bagi anda yang mengikuti kisah pembunuhan Altantuya Sharibuu, mungkin ada yang terlupa sebelum ini pun ada pelbagai kes pembunuhan kejam yang menunjukkan rakyat Malaysia juga punya 'skill' atau imaginasi yang tak kurang 'hebatnya'.

Pada tahun 1993, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris telah dibunuh dengan kejam. Watak-watak yang terlibat: Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Dalam puisi "maznah" tulisan T. Alias Taib pada tahun 2001, beliau menggambarkan pembunuhan itu begini :

maznah bomoh dari kuala perlis
berenang tenang di sungai manusia
pandai senyum dan berjenaka

kira-kira lapan tahun lalu
dibentangkannya peta pembunuhan
kepada affandi dan juraimi

peta itu peta strategi yang rapi
mazlan si adun batu talam
akan dipotong 18 bahagian

1 comment:

Kembara Musafir said...

memang pun... orang Mesia memang kreatif pasai nak bunuh2 orang nih... yg kena kerat, kena kerat, yg kena bom kena bom... kena racun, kena pukul sampai mati... aku rasa kalau dikorek bawah KLCC tuh pun mungkin jumpa skeleton2... kena tanam ala2 mafia itali kat New York...