Saturday, September 06, 2008

Al Fatihah Buat Pak Samad


Tan Sri A. Samad Ismail, atau Pak Samad, tokoh wartawan terbilang telah meninggalkan kita semua petang Khamis yang lalu. Mungkin tak ramai yang tahu anak kelahiran Singapura ini juga adalah salah seorang pengasas People's Action Party (PAP) bersama-sama Lee Kuan Yew.

Pak Samad pernah beberapa kali ditangkap dan dimasukkan penjara, iaitu ketika zaman penjajahan Jepun, British dan oleh kerajaan Malaysia. Meminjam kata-kata A Kadir Jasin, Pak Samad "keluar masuk penjara umpama insan biasa keluar masuk kedai kopi."

Apa yang pasti, memang sukar untuk kita temui lagi insan sehebat Pak Samad. Semoga roh beliau akan mendapat limpahan kurnia tertinggi di sisiNya.

No comments: