Thursday, September 11, 2008

Potret Seorang Lelaki


Aku menatap
potret seorang lelaki
yang setia pada kata
setia pada janjinya

dia pejuang
demi kebebasan
maruah bangsa
sepanjang usia

aku terkesan
lelaki di penghujung kembara
yang tidak sedia
berputus asa

dia negarawan
sanggup lakukan apa sahaja
mempertahan watan tercinta

dia pemikir
yang menolak senjata
untuk ke meja diplomasi bicara

hatiku terusik
oleh pengorbanannya
menghabiskan sebahagian besar usia
hanya pada satu cita
yang belum mampu dimahkotakannya
di puncak jaya

4 comments:

Wirrina said...

yeah...
kuncop sungguh kagum dengan seorang lelaki ini. krisis kewangan dahulu membuktikan kebijaksanaannya membela negara...

Rohaizan said...

Betul tu kuncop,
sekarang ni tengah suspen, menunggu tarikh 16 September :)

cat said...

Agreed. The best PM with a vision.

RK said...

yup..brilliant PM..