Tuesday, September 16, 2008

Krisis Kewangan & Taufan Di US

Dengan berita hurricane Gustav, Hannah, Ike yang mengganas di sekitar Gulf Of Mexico US, pengumuman bahawa bank pelaburan US Lehman Brothers yang memfailkan notis bankrup menjadi satu lagi berita buruk di sana. Khabarnya Merrill Lynch juga telah diambil alih oleh Bank of America.

Kesan sampingannya mungkin tidak dirasai secara langsung oleh kita di Malaysia. Tapi ekonomi kita banyak bergantung pada US. Setakat ini harga minyak dunia masih pada paras USD100, walaupun operasi syarikat gergasi minyak di sekitar Houston, Texas telah terganggu dek kehadiran taufan Gustav, Hannah dan sekarang Ike (termasuk Shell US, customer saya).

Di High Wycombe US, 1000 orang pekerja Lehman Brothers bakal diberhentikan. Ini akan diikuti oleh pemberhentian kira-kira 4000 orang pekerja mereka di London pada hujung minggu ini.

Maaf kerana entry kali ini agak negatif & tidak ceria. Zaman globalisasi nampaknya menyebabkan sistem kewangan menjadi semakin tidak stabil :(

No comments: