KERINDUAN RAMADAN
hadirlah mendakapku
ramadan
mengubat rindu
semusim yang lalu
hadirlah melebarkan
bayu ketenangan
di padang nafsu
yang bergegar
penuh celaru
hadirlah menjengukku
ramadan
merawat batin
yang terus-terusan
diserang wabak
diasak sesak
hadirlah mengamankan
persekitaran
dari kegawatan alam
dengan kekudusan kiamullail
kepasrahan lailatul qadar
solat tarawih
keheningan waktu sahur
dan kegembiraan iftar
hadirlah mendakapku
ramadan
mengubat rindu
semusim yang lalu
hadirlah melebarkan
bayu ketenangan
di padang nafsu
yang bergegar
penuh celaru
hadirlah menjengukku
ramadan
merawat batin
yang terus-terusan
diserang wabak
diasak sesak
hadirlah mengamankan
persekitaran
dari kegawatan alam
dengan kekudusan kiamullail
kepasrahan lailatul qadar
solat tarawih
keheningan waktu sahur
dan kegembiraan iftar
2 comments:
izan..
puisi ni awak buat ke~??
kuncop salute you ar..
sastera.. sastera...
kuncop,
jgn kagum lelebih sangat, bukan saya buat sendiri, tapi anugerah dari Dia :)
Post a Comment