Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya
engkau lelaki yang patah sayap kirinya
menanggalkan baju dukamu di hamparan kenangan
melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
ingin terbang menerpa bulan
sambil mengelek sebungkus impian
tak kau hirau rayuan pungguk berhiba lara
yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
kau dengan kental semangat menjerkah gerhana
dan menahan mentari dari meminta gilirannya
terbanglah lelaki yang patah sayapnya
berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia
kau bukan lagi lelaki pilu yang merenung jendela
setiap kali purnama senyum atau retak di balik ara
kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta
dari sinar mata pemilik kejora
*nota: "Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya" sebuah puisi karya Rozais Al-Anamy.

No comments:
Post a Comment