Monday, November 02, 2009

Pemalas Sepertiku


pemalas sepertiku
mana mungkin
menulis cerita padu
bahasa dan tema
tepu di atas kartu

pemalas sepertiku
mana bisa
menghabiskan sisa waktu
yang banyak direnggut
tanggungjawab kerjaya
untuk menghasil karya
penuh mesej berona

pemalas sepertiku
mana mampu
mengisi masa
mengukir kisah – kisah membina
kerana yang tersisa
sepulangnya dari kerja
hanya waktu
untuk beradu

3 comments:

Anonymous said...

like the cat only..

Anonymous said...

the cat look tired.

cat said...

Cat tu bukan nampak tired, tapi menggoda :p
hanya cat yg boleh kenal cat
hehehe