Friday, March 19, 2010

Masanya Akan Tiba


Masanya Akan Tiba
(buat kekasih)

masanya akan tiba
untuk kita bersua
bersama merentas dunia
yang penuh liku dan gelora

waktunya akan tiba jua
untuk kita duduk bercerita
luangkan sedikit masa
bertukar kisah duka
mengongsi beban semasa

kita ada masa
untuk setiap agenda
perlu apa terburu - buru
mengejar sesuatu
yang belum tentu

masanya akan tiba
untuk segala acara
tapi sehingga waktu itu
kita umpama penunggu
dibebani rasa cemburu
melulu

No comments: